Wednesday, May 8, 2013

Sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik.

Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
                Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
                Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
               Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angkasifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
              Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
             Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan  kon.
           Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.
          Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.

Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah



          Pendidikan Islam menekankan pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
          Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
         Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
          Seterusnya ialah institusi kuttab yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.
          Pengajian halaqah diadakan di masjid. Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
          Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
          Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.

Institusi pendidikan di Acheh

Institusi pendidikan di Acheh

          Acheh yang terletak di utara Sumatera telah mengambil alih peranan  sebagai pusat peradaban Islam daripada Melaka yang telah diserang oleh Portugis. Acheh telah menjadi tumpuan umat Islam seperti golongan ulama sehingga menjadi pusat pendidikan Islam yang penting ketika itu.
          Antara institusi pendidikan yang penting ketika itu ialah masjid. Segala kegiatan umat Islam dilakukan di masjid. Pendidikan yang diajar di sini berkaitan dengan pendidikan menengah pertama. Terdapat beberapa buah masjid telah dinaiktaraf sebagai pusat pendidikan tinggi. Misalnya Masjid Bait al-Rahman.
         Meunasah pula merupakan institusi yang memberi pendidikan asas di setiap kampung. Para pelajar diajar membaca al Quran, membaca dan menulis huruf Arab serta perkara-perkara asas dalam Islam selain ilmu fardhu ain.
          Rangkang atau pondok pula merupakan institusi pendidikan bertaraf menengah rendah. Pelajar sendiri membina pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama. Tahap pembelajaran di sini bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh gurunya. Murid yang pintar biasanya akan berpindah dari satu rangkang ke satu rangkang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
          Institusi dayah pula boleh disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia kini. Dayah dibina di hampir setiap daerah ‘nanggore’ (negeri). Kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menggunakan sebuah balai utama iaitu ‘aula’ sebagai tempat belajar sembahyang. Namun, terdapat juga dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang. Contoh dayah ialah Dayah Cot  Kala yang telah melahirkan ramai ulama sebagai pendakwah Islam di Nusantara. Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab menggunakan kitab-kitab dari Semenanjung Tanah Arab.
          Jamiah atau Universiti Baiturrahman berasal daripada Masjid Bait al-Rahman yang telah dinaiktaraf. Terdapat 17 ‘dar’ atau fakulti ditawarkan. Antaranya Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian dan Fakulti Peperangan. Tenaga pengajar merangkumi para ulama atau sarjana dari Acheh serta dari negara-negara Islam lain seperti Arab, Turki, Parsi dan India.
          Akhir sekali, istana juga merupakan salah satu institusi pendidJama’ikan di Acheh. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam misalnya telah menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jama’ah Himpunan Ulama. Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara berkaitan pendidikan. Balai Setia Ulama pula menguruskan masalah berkaitan pendidikan. Balai Jama’ah Himpunan Ulama pula menjadi medan perbincangan para sarjana dan ulama bertukar pandangan, berseminar, membahas masalah pendidikan serta tempat perkembangan ilmu pengetahuan.
          Jelas Acheh amat mementingkan perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Buktinya, muncul pelbagai institusi pendidikan dan lahir ramai golongan ulama. Hal ini amat bertepatan dengan gelaran ‘Serambi Makkah’ yang diberikan kepada Acheh.

TEMA 2 Tamadun Islam

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

Zaman Nabi Muhammad SAW.
-Nabi Muhammad SAW adalah pengasas negara dan pentadbiran Islam di kota Madinah.
-Negara Madinah dianggap sbg city State yg berperanan sbg penggerak kpd perubahan dalam pentadbiran negara Islam yg berkonsepkan akidah,syariah dan akhlak.
-Nabi Muhammad SAW memerintah berasaskan 4 dasar:
1.menghapuskan semangat asabiyyah ganti dgn semangat aqidah
2.Islam sbg landasan peraturan masyarakat
3.menjadikan kaedah bermesyuarah sbg kaedah yg paling berkesan dalam pentadbiran
4.memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

Piagam Madinah:
-terdiri drpd 47 fasal.
-secara umum terbahagi kpd 5 bahagian umum:
1.Fasal 1 merupakan pengenalan kpd piagam dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan kerasulan NabiSAW.
2.Fasal 2 hingga 11 menerangkan kedudukan kaum-kaum dlm negara Islam Madinah
3.Fasal 12 hingga 23 menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab bersama dan perkara yang patut dilakukan dan dilarang.
4.Fasal 24 hingga 38 menyebut kedudukan kaum Yahudi di Madinah
5.Fasal 39 hingga 47 menerangkan kedudukan Yathrib sbg kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dlm peperangan.

-Perlembagaan ini juga memberi garis panduan ttg prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yg penduduknya terdiri drpd berbilang kaum.Antara garis panduannya ialah:
1.Wahyu Allah adalah sumber utama
2.masya Madinah adalah satu ummah
3.Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin masyarakat
4.Semua anggota masyarakat bebas menganut agama masing2
5.setiap anggota masy Madinah mesti menjalinkan hubungan yg erat
6.Fungsi perlembagaan adalah utk menegakkan keadilan
7.Perlembagaan juga memberi jaminan keselamatn kpd org bukan Islam

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.Sbg Nabi dan Rasul
2.Sbg pemimpin masyarakat
3.Sbg pemimpin politik.
4.Perancang ekonomi
5.Pemimpin tentera
6.Ketua Hakim

Pemerintahan Zaman Khulafa Al-Rasyidin
-Sistem khalifah

Maksud perkataan
-Khalifah bermaksud ‘penganti’-penganti Nabi Muhammad SAW
Khulafa bermaksud penganti-penganti Nabi
Khilafah ialah institusi khalifah.

Syarat-syarat menjadi khalifah:
• Lelaki merdeka
• Ilmu agama Islam yang lengkap
• Istiqamah (tetap pendirian)
• Kifayah (berkemampuan)
• Anggota badan tidak cacat

Tanggungjawab khalifah:
• Uruskan pentadbiran negara atau dunia-menurut al-Mawardi
• Mengawasi pelaksanaan agama Islam-Ibnu Khaldun
• Berkuasa dalam soal agama dan perundangan Islam
• Menguruskan hal ehwal kewangan negara
• Memungut cukai dan zakat
• Menyerahkan tugas-tugas kepada orang yang beramanah
• Berpegang teguh kepada syariat

Cara lantikan Khalifah:
1. Perundingan atau persetujuan tanpa calon spt perlantikan Abu Bakar al-Siddiq
2. Menunjuk kpd seorg calon spt pemilihan Khalifah Umar.
3. Cara menunjuk kpd beberapa orang calon.Spt perlantikan Khalifah Uthman dan Khalifah Ali.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. (11-13H/632 - 634M)
-Khalifah yg pertama dalam institusi khilafat.
-Peranan utama Abu bakar:
1.Memerangi golongan al-Riddah- gol nabi palsu
2.Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
3.Memerangi golongan murtad- keluar drpd agama Islam kembali kpd agama asal.
4.Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran


Khalifah Umar al-Khattab (13 - 23H/634 - 644M)
-Khalifah yg kedua dan memerintah lebih kurang 10 tahun
-Pembaharuan dalam Pentadbiran:
1.Meluaskan wilayah pentadbiran
2.Pembentukan Majlis Syura
3.Pembahagian pentadbiran wilayah
4.Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
-Tanah Dhimmah
-Tanah Sawafi

Pentadbiran dalam pentadbiran ketenteraan
-Penubuhan Diwan al-Jund
-Pembaharuan bidang kehakiman
Pembaharuan dalam Bidang Sosial
1.Memperbaharui taraf golongan hamba
2.Menggalakkan kegiatan keilmuan
3.Memulakan kalendar Islam
4.Menubuhkan penjara
5.Memperkenalkan hukum buang daerah
6.Membangunkan kota-kota baru
7.Membina banyak masjid
8.Memperkenalkan pasukan polis
9.Membina jalan raya dan jambatan

Pembaharuan dalam Bidang Ekonomi
1.Penubuhan Baitulmal
2.Memajukan sektor ekonomi pertanian


Khalifah Uthman bin Affan (23 - 35H/ 644-656M)
-Khalifah yg ke tiga memerintah selama 12 tahun
-6 tahun pertama keadaan politik stabil dan 6 tahu kedua perubahan politik yang tidak stabil.

-Khalifah Uthman Menghadapi Tentangan
1.Dituduh memihak kepada kaum keluarga (nepotisme)
-gabenor yang dipilih sebenarnya adalah org yg berkebolehan dan berkelayakkan cuma secara kebetulan terdiri drpd kaum keluarga.
2.Dituduh boros dan mengambil wang baitulmal
-sebelum menjadi khalifah beliau seorg yg dermawan dan kaya, apabila dilantik menjadi khalifah beliau dilarang untuk drpd menjalankan  urusan perdagangannya.
3.Membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq
-tindakan ini benar dan adil  kerana mrk bukan diberi secara percuma tetapi dgn skim pertukaran tanah dgn tanah2 di  Hijaz dan Yaman. Mereka juga terlibat dgn peperangan menawan semula Iraq oleh itu mrk juga berhak terhadap tanah tersebut
4.Dituduh memihak kaum Quraisy dan bekas-bekas murtad
- kaum Quraisy dianggap lebih mulia dan banyak berjasa kpd Islam. Mrk juga  turut serta dlm peperangan menawan semula Iraq. Bekas2 murtad dihadapi oleh Khalifah dgn cara yg lembut dan toleransi dgn tujuan supaya mrk kembali semula kpd Islam
5.Dituduh membakar dan mencemarkan al-Quran
-tindakan ini adalah wajar untuk menjaga ketulinan al-Quran serta menggelakkan kekeliruan masy terhadap terhadap kitab yang berlainan bentuk dan loghat

Natijahnya walaupun Khalifah mempunyai alasan yang tertentu namun penentangan tidak dapat dielakkan drpd masy pada masa itu yang mana telah membawa kpd pemberontakkan dan pembunuhan beliau.

Pemberontakan dan Pembunuhan khalifah Uthman
1.Disebabkan ketidakpuasan hati dalam skim pertukaran tanah di Iraq
2.Dibunuh oleh pemberontak di bawah pimpinan al-Asytar
-Khalifah Uthman telah dibunuh di rumah beliau pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah.

Khalifah Ali bin Abi Talib (35-40H/656-661M)
-Khalifah yg keempat dalam sejarah Islam.
-Latar belakang Khalifah Ali-sepupu dan menantu kpd Nabi Muhammad SAW
-Kanak-kanak yg pertama memeluk Islam
-Siasah Khalifah Ali- dipengaruhi oleh suasana dan kehendak semasa kerana selepas era penaklukan dan perkembangan masy Islam, byk masalah baru yg timbul.
-antara perubahan yg dibuat oleh Ali ialah memecat gabenor-gabenor yg dilantik oleh Uthman yg terdiri drpd kaum keluarganya sendiri termasuklah Muawiyyah bin Abi Sufyan.
-Khalifah Ali juga telah mengemablikan tanah sawafi di Iraq kpd Baitulmal sbg hak dikongsi bersama oleh umat Islam.
 Peristiwa Perang saudara
1.Perang Jamal- antara khalifah Ali dan Aisyah menentang Talhah dan al-Zuybir dgn sokongan kaum bani Umayyah.-dlm peperangan ini Khalifah Ali telah menag.
2.Perang Siffin-Antara khalifah Ali dgn tentera Muawiyyah.-tentera Ali berjumlah 150 000 org menentang tentera Muawiyyah seramai 70 000.-tentera khalifah Ali telah berpecah.
-berlaku pada bulan Zulhijah,Muharam dan Safar 36-37H (Jun/Julai 657M)
-dalam Peperangan tentera Ali telah hampir memenangi peperangan.-rundingan diadakan antara Ali dan Muawiyyah.
-Majlis Tahkim telah diadakan-perundingan yg berat sebelah kpd Muawiyyah telah menyebabkan gol Khawarij membantah. Golongan Khawarij telah keluar daripada barisan tentera khalifah Ali.
-rundingan Majlis Tahkim telah gagal.

3.Perang Nahrawan
-berlaku pd bulan Safar tahun 38H.-tentera khalifah Ali menang dgn sokongan gol Khawarij seramai 1800 orng -dalam perang ini ramai kaum Khawarij yg terkorban-kaum Khawarij telah memberontak menentang Ali.
-Muawiyyah mengambil kesempatan.-memerangi beberapa kaw utama  spt Hijaz,Yaman dan Mesir utk mengukuhkan kedudukan beliau.
-Kaum Khawarij membuat pemberontakan merancang membunuh tiga orang Ali, Muawiyyah dan Amru.
-Muawiyyah dan Amru gagal dibunuh manakala Khalifah Ali telah berjaya dibunuh oleh Ibn Muljam setelah memerintah selama hampir 5 tahun.
-Akibatnya umat Islam berpecah kpd golongan Syiah,Khawarij dan Ahl Sunnah wal Jamaah.
-Kematian Khalifah Ali menandakan berakhirnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dan membawa kemunculan pelbagai mazhab.


Contoh-contoh soalan:
1.Jelaskan implikasi Sahifah Madinah kepada perkembangan agama Islam di Tanah Arab.
2.Bincangkan sejarah dan tarikh pembentukan Perlembagaan Madinah dan cara-cara pelaksaannya di Madinah.

TEMA 1 Tamadun Islam

TEMA 1: BAB 1

KONSEP KEJADIAN MANUSIA
- Manusia berasal daripada monyet-teori yang diberi oleh Lamarck (1749-1829) dan Charles Darwin (1802-1889).teori evolusi kejadian manusia. Teori ini sabgat berpengaruh pada abad ke 19 dan 20 di Eropah dan sesetengah negara Islam.
-Menurut pandangan ini juga kewujudan manusia dalah secara evolusi. bermula daripada sebagai binatang yang tidak boleh berfikir akhirnya menjadi makhlik yang boleh berfikir.
-Tujuan manusia dicipta juga agak tidak jelas daripada perspektif Barat. Kejadian secara semulajadi. untuk memnjaani hidup di dunia terutamanya dari segi keduniaan tanpa ada matlamat akhirat.
-Menurut al-Quran asal kejadian manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam a.s. yg dicipta darpd tanah.Semua manusia lain dicipta daripada air mani ibu bapanya (kecuali Hawa dan Nabi Isa a.s.
-Alam dijadikan oleh Allah untuk menyempurnakan keperluan manusia.
-Allah menjadikan manusia sebagai hamba yg beribadat kepadaNya. Tujuan dijadikan manusia adalah sebagai hamba yang akan memainkan peranan yang penting di dunia sbg khalifah Allah yang mentadbir dunia.
-Asal kejadian manusia menurut Barat dan Islam adalah berbeza.

Pandangan tentang kejadian manusia:
Islam:
-Istilah manusia dari sudut Islam atau bahasa bermakna al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar yg menyatakan bahawa manusia itu diamanahkan Allah sbg khalifah di muka bumi ini.
-Terdpt lima elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad,roh,akal,nafsu dan hati.
-Asal ususl kejadian manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah.
-Manusia biasa selain daripada Hawa dan Nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang,tulang dibalut daging,lembaga yang lengkap dan ditiup roh.

Barat:
-Barat menyebut manusia sebagai specis homosapiens (bahasa Latin) bermaksud mamalia peringkat tertinggi yang terpercayai wujud 500 000 tahun dahulu berdasarkan penemuan manusia awal yang dijumpai di Neanderthal, Jerman.
-Asal kejadian manusia menurut teori yang di bawa oleh Charles Darwin (1802-1889b seorg antituhan menjelaskan asal kejadian manusia daripada monyet. Pada mulanya tinggal di atas pokok,turun ke tanah berjalan dgn kaki dan tangan,kemudian menerusi evolusi berubah cara berjalan dgn dua kaki dan akhirnya menjadi manusia.

Peranan manusia
Islam:
-Matlamat kejadian manusia ialah untuk beriman kepada Alllah.
-Menjadi khalifah (wakil/pemimpin) mengurus tadbir dunia dgn ibadah
-sebagai hamba Allah di dunia dan akhirat
-wujud perpaduan antara satu sama lain.

Barat:
-Tiada penjelasan,undang-undang dan peraturan yang jelas.
-Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hukum matlamat kejadian manusia yang jelas.
-Boleh dipertingkaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tiodak dapat dijawab oleh masy barat.



Fungsi/tujuan manusia menurut Islam:
-Beriman dan patuh kpd suruhan Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya./amal makruf dan nahi mungkar.Menggunakan akal berlandaskan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.
-memakmurkan muka bumi-menjalinkan persaudaraan sejagat
-mengagihkan kekayaan sama rata dgn konsep keadilan
-memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus dan tamak.

Fungsi/tujuan kelahiran  manusia menurut Barat:
-Mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata
-mengutamakan survival sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.
-persaingan berlandaskan kekuasaan dan penindasan golongan lemah dan bawahan. Undang2 berlandaskan akal semata-mata.
-wujud konsep ras,perbezaan warna kulit, dan status quo menyebabkan pertelingkahan dan peperangan.
-mencipta konsep kapitalisme dan sosialisme untuk mencapai kepuasan Barat


MANUSIA ZAMAN JAHILIAH.
Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh.
Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.
Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut:
1.    Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
2.    Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
3.    Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
4.    Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Perbezaan manusia Zaman Jahiliah dan Zaman Islam

1. Perbezaan konsep ketuhanan
 - Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima agama
yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.
- Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T. Konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu.

2. Perbezaan aspek politik
- Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.
- Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.
- Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al-Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah.

3. Perbezaan aspek ekonomi
- Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan
kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing. Di kawasan subur seperti
Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur.
- Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan,
membuat patung dan membuat senjata. Terlibat dalam kegiatan perdagangan.
 Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli.
- Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan

4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan
- Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan mereka
merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan
naluri dan emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya kira-kira
17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengethuan berlaku dalam bentuk lisan
- Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat Islam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya.

5. Perbezaan aspek sosial
-Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina
dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti
atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan
barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu,
tepati janji dan berani.
- Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan
menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem
ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan
diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang
paling beriman di sisi Allah S.W.T.

MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM
-Kota makkah diduduki sejak 2400 tahun dahulu.Penduduk teawal dikenali sbg puak Amaliqah dan diiukuti oleh puak Jurhum. Setelah itu muncul Bani Khuzaah yg memerintah Makkah selama 3 abad sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab.
-Kaum Quraisy merupakan suatu kelompok keturunan Arab Adnaniyah.Kaum Quraisy yg mula-mula tiba di Makkah dikenali sbg Bani Nadr.
-Kaum Quraisy terbahagi kpd 2- Quraisy al-Bitah dan Quraisy al-Zawahir. Perpecahan kaum Quraisy berlaku di Makkah. Perpecahan antara Abd al-Dar dan Abd Manaf.
-Sebelum Islam puak Quraisy adalah puak yang berpengaruh. Masy Makkah merupakan masy yang pertama menerima kedatangan Islam
MASYARAKAT MADINAH SEBELUM ISLAM.
-Penduduk asal Madinah berketurunan Arab daripada nasab keturunan Yathrib bin Qaniah. Beliau datang dari utara Semenanjung Tanah Arab datang ke Madinah pada 1600 S.M.
-Setelah itu tiba kaum-kaum yg lain termasuk Yahudi dari Palestin dan Kaum Aus dan Khazraj dari Yaman.
-Sebelum Islam penduduk Madinah terbahagi kepada tiga kaum tersebut yang merupakan penduduk di Madinah.

HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW
-Berlaku perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Hijrah bermaksud pindah.
-Hijrah Nabi berlaku setelah dakwah Nabi diterima dengan layanan buruk oleh Quraisy Makkah dan setelah Nabi menerima ancaman bunuh.
-Hijrah berlaku atas wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Golongan yang ikut serta berhijrah bersama Nabi ialah gol pengikut Islam yang pertama. (masy Islam Makkah).
-Hijrah membawa banyak kepentingan kpd perkembangan sejarah Islam.

Hikmah atau kepentingan Hijrah.
1.Tahun Hijrah- melahirkan sistem kalendar Islam iaitu tahun Hijrah.-Takwim hijrah mengikut perkiraan bulan (lunar-qamariah) 12 bulan atau 354 hari dlm setaun.
2.Agama-agama Islam berkembang dan kuat
3.politik-Terbentuknya politik Islam di Madinah.Nabi telah menggubal Piagam Madinah.
4.Ekonomi-Kegiatan ekonomi berteraskan Islam
5.Sosial-mengamalkan cara hidup Islam.sistem sosial Islam- Hidup berkalbilah diganti dgn konsep satu Ummah.


MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH DAN MADINAH.
-Masy Islam di Makkah dibentuk menerusi aktiviti dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Pengikut awal Nabi Muhammad adalah kelompok awal masy Islam di Makkah. Masy Islam yg awal adalah sejumlah 12 org lelaki dan empat wanita bertambah kpd 82 org yang telah berpindah ke Habsyah.
-Di Madinah masy Islam dibentuk oleh pendakwah gol Muhajirin dari Makkah setelah peristiwa Hijrah Nabi.
Masy Islam terdiri dari[pada kaum Muhajirin dan Kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk agama Islam .Dari semasa ke semasa pengikut Nabi telah bertambah. Ramai masy Madinah telah memeluk Islam dan dengan itu terbentuklah masy Islam (Ummah ) yang kuat dan bersatu padu di Madinah.


Contoh-contoh soalan:
1. Bincangkan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah dari segi kehidupan politik,ekonomi dan sosial.
2. Huraikan aspek keagamaan masyarakat arab pada Zaman Jahiliah.
3.Jelaskan konsep kejadian manusia menurut perspektif Islam.
4. Bincangkan masyarakat di Makkah dan Madinah sebelum kelahiran Islam pada Zaman Nabi Muhammad SAW.