Wednesday, May 8, 2013

Sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik.

Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
                Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
                Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
               Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angkasifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
              Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
             Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan  kon.
           Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.
          Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.

Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah



          Pendidikan Islam menekankan pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
          Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
         Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
          Seterusnya ialah institusi kuttab yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.
          Pengajian halaqah diadakan di masjid. Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
          Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
          Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.

Institusi pendidikan di Acheh

Institusi pendidikan di Acheh

          Acheh yang terletak di utara Sumatera telah mengambil alih peranan  sebagai pusat peradaban Islam daripada Melaka yang telah diserang oleh Portugis. Acheh telah menjadi tumpuan umat Islam seperti golongan ulama sehingga menjadi pusat pendidikan Islam yang penting ketika itu.
          Antara institusi pendidikan yang penting ketika itu ialah masjid. Segala kegiatan umat Islam dilakukan di masjid. Pendidikan yang diajar di sini berkaitan dengan pendidikan menengah pertama. Terdapat beberapa buah masjid telah dinaiktaraf sebagai pusat pendidikan tinggi. Misalnya Masjid Bait al-Rahman.
         Meunasah pula merupakan institusi yang memberi pendidikan asas di setiap kampung. Para pelajar diajar membaca al Quran, membaca dan menulis huruf Arab serta perkara-perkara asas dalam Islam selain ilmu fardhu ain.
          Rangkang atau pondok pula merupakan institusi pendidikan bertaraf menengah rendah. Pelajar sendiri membina pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama. Tahap pembelajaran di sini bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh gurunya. Murid yang pintar biasanya akan berpindah dari satu rangkang ke satu rangkang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
          Institusi dayah pula boleh disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia kini. Dayah dibina di hampir setiap daerah ‘nanggore’ (negeri). Kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menggunakan sebuah balai utama iaitu ‘aula’ sebagai tempat belajar sembahyang. Namun, terdapat juga dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang. Contoh dayah ialah Dayah Cot  Kala yang telah melahirkan ramai ulama sebagai pendakwah Islam di Nusantara. Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab menggunakan kitab-kitab dari Semenanjung Tanah Arab.
          Jamiah atau Universiti Baiturrahman berasal daripada Masjid Bait al-Rahman yang telah dinaiktaraf. Terdapat 17 ‘dar’ atau fakulti ditawarkan. Antaranya Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian dan Fakulti Peperangan. Tenaga pengajar merangkumi para ulama atau sarjana dari Acheh serta dari negara-negara Islam lain seperti Arab, Turki, Parsi dan India.
          Akhir sekali, istana juga merupakan salah satu institusi pendidJama’ikan di Acheh. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam misalnya telah menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jama’ah Himpunan Ulama. Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara berkaitan pendidikan. Balai Setia Ulama pula menguruskan masalah berkaitan pendidikan. Balai Jama’ah Himpunan Ulama pula menjadi medan perbincangan para sarjana dan ulama bertukar pandangan, berseminar, membahas masalah pendidikan serta tempat perkembangan ilmu pengetahuan.
          Jelas Acheh amat mementingkan perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Buktinya, muncul pelbagai institusi pendidikan dan lahir ramai golongan ulama. Hal ini amat bertepatan dengan gelaran ‘Serambi Makkah’ yang diberikan kepada Acheh.

TEMA 2 Tamadun Islam

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

Zaman Nabi Muhammad SAW.
-Nabi Muhammad SAW adalah pengasas negara dan pentadbiran Islam di kota Madinah.
-Negara Madinah dianggap sbg city State yg berperanan sbg penggerak kpd perubahan dalam pentadbiran negara Islam yg berkonsepkan akidah,syariah dan akhlak.
-Nabi Muhammad SAW memerintah berasaskan 4 dasar:
1.menghapuskan semangat asabiyyah ganti dgn semangat aqidah
2.Islam sbg landasan peraturan masyarakat
3.menjadikan kaedah bermesyuarah sbg kaedah yg paling berkesan dalam pentadbiran
4.memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

Piagam Madinah:
-terdiri drpd 47 fasal.
-secara umum terbahagi kpd 5 bahagian umum:
1.Fasal 1 merupakan pengenalan kpd piagam dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan kerasulan NabiSAW.
2.Fasal 2 hingga 11 menerangkan kedudukan kaum-kaum dlm negara Islam Madinah
3.Fasal 12 hingga 23 menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab bersama dan perkara yang patut dilakukan dan dilarang.
4.Fasal 24 hingga 38 menyebut kedudukan kaum Yahudi di Madinah
5.Fasal 39 hingga 47 menerangkan kedudukan Yathrib sbg kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dlm peperangan.

-Perlembagaan ini juga memberi garis panduan ttg prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yg penduduknya terdiri drpd berbilang kaum.Antara garis panduannya ialah:
1.Wahyu Allah adalah sumber utama
2.masya Madinah adalah satu ummah
3.Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin masyarakat
4.Semua anggota masyarakat bebas menganut agama masing2
5.setiap anggota masy Madinah mesti menjalinkan hubungan yg erat
6.Fungsi perlembagaan adalah utk menegakkan keadilan
7.Perlembagaan juga memberi jaminan keselamatn kpd org bukan Islam

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.Sbg Nabi dan Rasul
2.Sbg pemimpin masyarakat
3.Sbg pemimpin politik.
4.Perancang ekonomi
5.Pemimpin tentera
6.Ketua Hakim

Pemerintahan Zaman Khulafa Al-Rasyidin
-Sistem khalifah

Maksud perkataan
-Khalifah bermaksud ‘penganti’-penganti Nabi Muhammad SAW
Khulafa bermaksud penganti-penganti Nabi
Khilafah ialah institusi khalifah.

Syarat-syarat menjadi khalifah:
• Lelaki merdeka
• Ilmu agama Islam yang lengkap
• Istiqamah (tetap pendirian)
• Kifayah (berkemampuan)
• Anggota badan tidak cacat

Tanggungjawab khalifah:
• Uruskan pentadbiran negara atau dunia-menurut al-Mawardi
• Mengawasi pelaksanaan agama Islam-Ibnu Khaldun
• Berkuasa dalam soal agama dan perundangan Islam
• Menguruskan hal ehwal kewangan negara
• Memungut cukai dan zakat
• Menyerahkan tugas-tugas kepada orang yang beramanah
• Berpegang teguh kepada syariat

Cara lantikan Khalifah:
1. Perundingan atau persetujuan tanpa calon spt perlantikan Abu Bakar al-Siddiq
2. Menunjuk kpd seorg calon spt pemilihan Khalifah Umar.
3. Cara menunjuk kpd beberapa orang calon.Spt perlantikan Khalifah Uthman dan Khalifah Ali.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. (11-13H/632 - 634M)
-Khalifah yg pertama dalam institusi khilafat.
-Peranan utama Abu bakar:
1.Memerangi golongan al-Riddah- gol nabi palsu
2.Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
3.Memerangi golongan murtad- keluar drpd agama Islam kembali kpd agama asal.
4.Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran


Khalifah Umar al-Khattab (13 - 23H/634 - 644M)
-Khalifah yg kedua dan memerintah lebih kurang 10 tahun
-Pembaharuan dalam Pentadbiran:
1.Meluaskan wilayah pentadbiran
2.Pembentukan Majlis Syura
3.Pembahagian pentadbiran wilayah
4.Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
-Tanah Dhimmah
-Tanah Sawafi

Pentadbiran dalam pentadbiran ketenteraan
-Penubuhan Diwan al-Jund
-Pembaharuan bidang kehakiman
Pembaharuan dalam Bidang Sosial
1.Memperbaharui taraf golongan hamba
2.Menggalakkan kegiatan keilmuan
3.Memulakan kalendar Islam
4.Menubuhkan penjara
5.Memperkenalkan hukum buang daerah
6.Membangunkan kota-kota baru
7.Membina banyak masjid
8.Memperkenalkan pasukan polis
9.Membina jalan raya dan jambatan

Pembaharuan dalam Bidang Ekonomi
1.Penubuhan Baitulmal
2.Memajukan sektor ekonomi pertanian


Khalifah Uthman bin Affan (23 - 35H/ 644-656M)
-Khalifah yg ke tiga memerintah selama 12 tahun
-6 tahun pertama keadaan politik stabil dan 6 tahu kedua perubahan politik yang tidak stabil.

-Khalifah Uthman Menghadapi Tentangan
1.Dituduh memihak kepada kaum keluarga (nepotisme)
-gabenor yang dipilih sebenarnya adalah org yg berkebolehan dan berkelayakkan cuma secara kebetulan terdiri drpd kaum keluarga.
2.Dituduh boros dan mengambil wang baitulmal
-sebelum menjadi khalifah beliau seorg yg dermawan dan kaya, apabila dilantik menjadi khalifah beliau dilarang untuk drpd menjalankan  urusan perdagangannya.
3.Membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq
-tindakan ini benar dan adil  kerana mrk bukan diberi secara percuma tetapi dgn skim pertukaran tanah dgn tanah2 di  Hijaz dan Yaman. Mereka juga terlibat dgn peperangan menawan semula Iraq oleh itu mrk juga berhak terhadap tanah tersebut
4.Dituduh memihak kaum Quraisy dan bekas-bekas murtad
- kaum Quraisy dianggap lebih mulia dan banyak berjasa kpd Islam. Mrk juga  turut serta dlm peperangan menawan semula Iraq. Bekas2 murtad dihadapi oleh Khalifah dgn cara yg lembut dan toleransi dgn tujuan supaya mrk kembali semula kpd Islam
5.Dituduh membakar dan mencemarkan al-Quran
-tindakan ini adalah wajar untuk menjaga ketulinan al-Quran serta menggelakkan kekeliruan masy terhadap terhadap kitab yang berlainan bentuk dan loghat

Natijahnya walaupun Khalifah mempunyai alasan yang tertentu namun penentangan tidak dapat dielakkan drpd masy pada masa itu yang mana telah membawa kpd pemberontakkan dan pembunuhan beliau.

Pemberontakan dan Pembunuhan khalifah Uthman
1.Disebabkan ketidakpuasan hati dalam skim pertukaran tanah di Iraq
2.Dibunuh oleh pemberontak di bawah pimpinan al-Asytar
-Khalifah Uthman telah dibunuh di rumah beliau pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah.

Khalifah Ali bin Abi Talib (35-40H/656-661M)
-Khalifah yg keempat dalam sejarah Islam.
-Latar belakang Khalifah Ali-sepupu dan menantu kpd Nabi Muhammad SAW
-Kanak-kanak yg pertama memeluk Islam
-Siasah Khalifah Ali- dipengaruhi oleh suasana dan kehendak semasa kerana selepas era penaklukan dan perkembangan masy Islam, byk masalah baru yg timbul.
-antara perubahan yg dibuat oleh Ali ialah memecat gabenor-gabenor yg dilantik oleh Uthman yg terdiri drpd kaum keluarganya sendiri termasuklah Muawiyyah bin Abi Sufyan.
-Khalifah Ali juga telah mengemablikan tanah sawafi di Iraq kpd Baitulmal sbg hak dikongsi bersama oleh umat Islam.
 Peristiwa Perang saudara
1.Perang Jamal- antara khalifah Ali dan Aisyah menentang Talhah dan al-Zuybir dgn sokongan kaum bani Umayyah.-dlm peperangan ini Khalifah Ali telah menag.
2.Perang Siffin-Antara khalifah Ali dgn tentera Muawiyyah.-tentera Ali berjumlah 150 000 org menentang tentera Muawiyyah seramai 70 000.-tentera khalifah Ali telah berpecah.
-berlaku pada bulan Zulhijah,Muharam dan Safar 36-37H (Jun/Julai 657M)
-dalam Peperangan tentera Ali telah hampir memenangi peperangan.-rundingan diadakan antara Ali dan Muawiyyah.
-Majlis Tahkim telah diadakan-perundingan yg berat sebelah kpd Muawiyyah telah menyebabkan gol Khawarij membantah. Golongan Khawarij telah keluar daripada barisan tentera khalifah Ali.
-rundingan Majlis Tahkim telah gagal.

3.Perang Nahrawan
-berlaku pd bulan Safar tahun 38H.-tentera khalifah Ali menang dgn sokongan gol Khawarij seramai 1800 orng -dalam perang ini ramai kaum Khawarij yg terkorban-kaum Khawarij telah memberontak menentang Ali.
-Muawiyyah mengambil kesempatan.-memerangi beberapa kaw utama  spt Hijaz,Yaman dan Mesir utk mengukuhkan kedudukan beliau.
-Kaum Khawarij membuat pemberontakan merancang membunuh tiga orang Ali, Muawiyyah dan Amru.
-Muawiyyah dan Amru gagal dibunuh manakala Khalifah Ali telah berjaya dibunuh oleh Ibn Muljam setelah memerintah selama hampir 5 tahun.
-Akibatnya umat Islam berpecah kpd golongan Syiah,Khawarij dan Ahl Sunnah wal Jamaah.
-Kematian Khalifah Ali menandakan berakhirnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dan membawa kemunculan pelbagai mazhab.


Contoh-contoh soalan:
1.Jelaskan implikasi Sahifah Madinah kepada perkembangan agama Islam di Tanah Arab.
2.Bincangkan sejarah dan tarikh pembentukan Perlembagaan Madinah dan cara-cara pelaksaannya di Madinah.

TEMA 1 Tamadun Islam

TEMA 1: BAB 1

KONSEP KEJADIAN MANUSIA
- Manusia berasal daripada monyet-teori yang diberi oleh Lamarck (1749-1829) dan Charles Darwin (1802-1889).teori evolusi kejadian manusia. Teori ini sabgat berpengaruh pada abad ke 19 dan 20 di Eropah dan sesetengah negara Islam.
-Menurut pandangan ini juga kewujudan manusia dalah secara evolusi. bermula daripada sebagai binatang yang tidak boleh berfikir akhirnya menjadi makhlik yang boleh berfikir.
-Tujuan manusia dicipta juga agak tidak jelas daripada perspektif Barat. Kejadian secara semulajadi. untuk memnjaani hidup di dunia terutamanya dari segi keduniaan tanpa ada matlamat akhirat.
-Menurut al-Quran asal kejadian manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam a.s. yg dicipta darpd tanah.Semua manusia lain dicipta daripada air mani ibu bapanya (kecuali Hawa dan Nabi Isa a.s.
-Alam dijadikan oleh Allah untuk menyempurnakan keperluan manusia.
-Allah menjadikan manusia sebagai hamba yg beribadat kepadaNya. Tujuan dijadikan manusia adalah sebagai hamba yang akan memainkan peranan yang penting di dunia sbg khalifah Allah yang mentadbir dunia.
-Asal kejadian manusia menurut Barat dan Islam adalah berbeza.

Pandangan tentang kejadian manusia:
Islam:
-Istilah manusia dari sudut Islam atau bahasa bermakna al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar yg menyatakan bahawa manusia itu diamanahkan Allah sbg khalifah di muka bumi ini.
-Terdpt lima elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad,roh,akal,nafsu dan hati.
-Asal ususl kejadian manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah.
-Manusia biasa selain daripada Hawa dan Nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang,tulang dibalut daging,lembaga yang lengkap dan ditiup roh.

Barat:
-Barat menyebut manusia sebagai specis homosapiens (bahasa Latin) bermaksud mamalia peringkat tertinggi yang terpercayai wujud 500 000 tahun dahulu berdasarkan penemuan manusia awal yang dijumpai di Neanderthal, Jerman.
-Asal kejadian manusia menurut teori yang di bawa oleh Charles Darwin (1802-1889b seorg antituhan menjelaskan asal kejadian manusia daripada monyet. Pada mulanya tinggal di atas pokok,turun ke tanah berjalan dgn kaki dan tangan,kemudian menerusi evolusi berubah cara berjalan dgn dua kaki dan akhirnya menjadi manusia.

Peranan manusia
Islam:
-Matlamat kejadian manusia ialah untuk beriman kepada Alllah.
-Menjadi khalifah (wakil/pemimpin) mengurus tadbir dunia dgn ibadah
-sebagai hamba Allah di dunia dan akhirat
-wujud perpaduan antara satu sama lain.

Barat:
-Tiada penjelasan,undang-undang dan peraturan yang jelas.
-Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hukum matlamat kejadian manusia yang jelas.
-Boleh dipertingkaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tiodak dapat dijawab oleh masy barat.



Fungsi/tujuan manusia menurut Islam:
-Beriman dan patuh kpd suruhan Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya./amal makruf dan nahi mungkar.Menggunakan akal berlandaskan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.
-memakmurkan muka bumi-menjalinkan persaudaraan sejagat
-mengagihkan kekayaan sama rata dgn konsep keadilan
-memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus dan tamak.

Fungsi/tujuan kelahiran  manusia menurut Barat:
-Mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata
-mengutamakan survival sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.
-persaingan berlandaskan kekuasaan dan penindasan golongan lemah dan bawahan. Undang2 berlandaskan akal semata-mata.
-wujud konsep ras,perbezaan warna kulit, dan status quo menyebabkan pertelingkahan dan peperangan.
-mencipta konsep kapitalisme dan sosialisme untuk mencapai kepuasan Barat


MANUSIA ZAMAN JAHILIAH.
Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh.
Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.
Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut:
1.    Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
2.    Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
3.    Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
4.    Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Perbezaan manusia Zaman Jahiliah dan Zaman Islam

1. Perbezaan konsep ketuhanan
 - Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima agama
yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.
- Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T. Konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu.

2. Perbezaan aspek politik
- Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.
- Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.
- Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al-Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah.

3. Perbezaan aspek ekonomi
- Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan
kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing. Di kawasan subur seperti
Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur.
- Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan,
membuat patung dan membuat senjata. Terlibat dalam kegiatan perdagangan.
 Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli.
- Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan

4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan
- Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan mereka
merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan
naluri dan emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya kira-kira
17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengethuan berlaku dalam bentuk lisan
- Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat Islam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya.

5. Perbezaan aspek sosial
-Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina
dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti
atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan
barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu,
tepati janji dan berani.
- Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan
menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem
ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan
diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang
paling beriman di sisi Allah S.W.T.

MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM
-Kota makkah diduduki sejak 2400 tahun dahulu.Penduduk teawal dikenali sbg puak Amaliqah dan diiukuti oleh puak Jurhum. Setelah itu muncul Bani Khuzaah yg memerintah Makkah selama 3 abad sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab.
-Kaum Quraisy merupakan suatu kelompok keturunan Arab Adnaniyah.Kaum Quraisy yg mula-mula tiba di Makkah dikenali sbg Bani Nadr.
-Kaum Quraisy terbahagi kpd 2- Quraisy al-Bitah dan Quraisy al-Zawahir. Perpecahan kaum Quraisy berlaku di Makkah. Perpecahan antara Abd al-Dar dan Abd Manaf.
-Sebelum Islam puak Quraisy adalah puak yang berpengaruh. Masy Makkah merupakan masy yang pertama menerima kedatangan Islam
MASYARAKAT MADINAH SEBELUM ISLAM.
-Penduduk asal Madinah berketurunan Arab daripada nasab keturunan Yathrib bin Qaniah. Beliau datang dari utara Semenanjung Tanah Arab datang ke Madinah pada 1600 S.M.
-Setelah itu tiba kaum-kaum yg lain termasuk Yahudi dari Palestin dan Kaum Aus dan Khazraj dari Yaman.
-Sebelum Islam penduduk Madinah terbahagi kepada tiga kaum tersebut yang merupakan penduduk di Madinah.

HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW
-Berlaku perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Hijrah bermaksud pindah.
-Hijrah Nabi berlaku setelah dakwah Nabi diterima dengan layanan buruk oleh Quraisy Makkah dan setelah Nabi menerima ancaman bunuh.
-Hijrah berlaku atas wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Golongan yang ikut serta berhijrah bersama Nabi ialah gol pengikut Islam yang pertama. (masy Islam Makkah).
-Hijrah membawa banyak kepentingan kpd perkembangan sejarah Islam.

Hikmah atau kepentingan Hijrah.
1.Tahun Hijrah- melahirkan sistem kalendar Islam iaitu tahun Hijrah.-Takwim hijrah mengikut perkiraan bulan (lunar-qamariah) 12 bulan atau 354 hari dlm setaun.
2.Agama-agama Islam berkembang dan kuat
3.politik-Terbentuknya politik Islam di Madinah.Nabi telah menggubal Piagam Madinah.
4.Ekonomi-Kegiatan ekonomi berteraskan Islam
5.Sosial-mengamalkan cara hidup Islam.sistem sosial Islam- Hidup berkalbilah diganti dgn konsep satu Ummah.


MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH DAN MADINAH.
-Masy Islam di Makkah dibentuk menerusi aktiviti dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Pengikut awal Nabi Muhammad adalah kelompok awal masy Islam di Makkah. Masy Islam yg awal adalah sejumlah 12 org lelaki dan empat wanita bertambah kpd 82 org yang telah berpindah ke Habsyah.
-Di Madinah masy Islam dibentuk oleh pendakwah gol Muhajirin dari Makkah setelah peristiwa Hijrah Nabi.
Masy Islam terdiri dari[pada kaum Muhajirin dan Kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk agama Islam .Dari semasa ke semasa pengikut Nabi telah bertambah. Ramai masy Madinah telah memeluk Islam dan dengan itu terbentuklah masy Islam (Ummah ) yang kuat dan bersatu padu di Madinah.


Contoh-contoh soalan:
1. Bincangkan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah dari segi kehidupan politik,ekonomi dan sosial.
2. Huraikan aspek keagamaan masyarakat arab pada Zaman Jahiliah.
3.Jelaskan konsep kejadian manusia menurut perspektif Islam.
4. Bincangkan masyarakat di Makkah dan Madinah sebelum kelahiran Islam pada Zaman Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, March 26, 2013

1.5: Institusi Khalifah



INSTITUSI KHILAFAH

Pengenalan
Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna "pengganti". Istilah khulafa ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, "khalifah" ialah seseorang yang dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad. Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua negara Islam yang baru.

Beberapa Pendapat Berhubung dengan Pemilihan KhalifahJawatan tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang termasuklah Abu Bakar, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini disebabkan sifat kepimpinan orang Quraisy sememangnya telah diakui oleh masyarakat Arab ketika itu.

Jawatan ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait.

Jawatan khalifah adalah hak semua orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin atau Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang lagi dari kalangan Muhajirin.

Cara Pemilihan Khalifah

Cara Perundingan Beramai-ramai

Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar telah dilantik melalui bai'at yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat I dikenali sebagai Bai'at Khas di Balai / Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali sebagai Bai'at Am. Ia diadakan di Masjid Nabi.

Menyusulkan Seorang CalonDalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.

Menyusul Sekumpulan Calon
Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari selepas kewafatan Umar.

Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat
Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

Syarat Kelayakan Khalifah
  1. Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
  2. Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
  3. Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
  4. Mesti kifayah / berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang.
  5. Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
  6. Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
  7. Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.

Bidang Kuasa Khalifah
  1. Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam dalam sesebuah masyarakat Islam.
  2. Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam negara.
  3. Meraka juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan percukaian sama ada dari segi pungutan / penggunaan.
  4. Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai dalam pentadbiran negara.

Keistimewaan Khalifah
  1. Khalifah memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan keduaniaan. Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
  2. Khalifah adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak berlaku.
  3. Khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah satu-satunya milik Allah.
  4. Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam. Mereka boleh didakwa dan dibicarakan.
  5. Sistem khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip "syura" di mana khalifah harus tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
  6. Rakyat diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam lingkungan yang dibenarkan oleh "syura"
  7. Kelangsungan sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya'ah (bai'at). Seseorang khalifah tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai'at dari orang ramai.
  8. Perlantikan khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.

Majlis Syura
  1. Semasa Abu Bakar, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
  2. Semasa Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
  3. Orang yang menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-'aqd.
  4. Mereka merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
  5. Syarat menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh; (4) merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.

Bai'ah
  1. Perkataan ini berasal dari kata dasar ba'a ertinya menjual.
  2. Bai'ah: Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
  3. Merupakan satu syarat perlantikan khalifah.
  4. khalifah yang mendapat bai'ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Jika pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak jawatan.

Kesimpulan
Oleh sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia merupakan satu pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan bernegara. Ia sesuai dengan keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu rohani dan jasmani.

Esei Sistem Pemilihan Khalifah

Kaedah-kaedah pemilihan  khalifah yang diamalkan bagi memilih khalifah dalam Khulafa/Khalifah al Rasyidin.

           Khalifah merupakan satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu.  Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah berbeza.
            Kaedah pelantikan terawal yang digunakan ialah perundingan beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai musyawarah. Nabi Muhammad s.a.w. tidak meninggalkan sebarang wasiat mahupun pesanan tentang calon pengganti sebelum baginda wafat. Baginda memberi kebebasan kepada umat Islam memilih calon khalifah sendiri bagi meneruskan pemerintahan negara Islam.  Oleh itu, umat Islam telah mengadakan rundingan dan persetujuan tanpa menetapkan calon terlebih dahulu.
            Berpandukan pelantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq yang pernah mengimamkan sembahyang sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. sedang uzur, para sahabat seolah-olah dapat meneka calon khalifah yang pertama. Kaum Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat Islam berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah. Bagi mengelak perselisihan antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu bakar al Siddiq mencalonkan Saidina Umar al Khattab mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar sebagai khalifah. Namun, kedua-duanya menarik diri malah mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar al Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.
           Cara pemilihan seterusnya ialah mengusul atau mencadangkan seorang calon. Khalifah sebelumnya mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke musyawarah dalam Majlis Syura dan dibaiah umat Islam. Cara ini digunakan dalam proses pelantikan khalifah kedua iaitu Khalifah Umar al Khattab. Bagi mengelakkan berulang kembali Gerakan Al Riddah, Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan Saidina Umar al Khattab sebagai penggantinya. Pencalonan ini telah dipersetujui umat Islam dan setelah bermusyawarah bersama para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, Saidina Umar al Khattab telah dibaiah oleh umat Islam tanpa bantahan. Cara ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.
            Kaedah seterusnya ialah mengusulkan beberapa orang calon. Khalifah terdahulu akan mencadangkan nama beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih salah seorang daripada mereka. Khalifah Umar al Khattab yang sedang tenat akibat tikaman seorang keturunan hamba Parsi telah menyebut nama Saidina Uthman bin affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair al Awwam dan saad bin Abu Waqas. Puteranya sendiri iaitu Abdullah bin Umar al Khattab tidak dicalonkan. Musyawarah diadakan di rumah Saidatina Aisyah binti Abu Bakar dan tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar al Khattab, Abdul Rahman bin Auf dipilih mempengerusikan musyawarah memilih pengganti khalifah. Undian telah dibuat dan akhirnya Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi setelah empat orang calon menarik diri. Khalifah Uthman bin Affan memerintah sebagai khalifah ketiga dalam Khulafa al Rasyidin.
             Kaedah terakhir yang digunakan ialah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat. Setelah kewafatan Khalifah Uthman bin Affan pada 656M, berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan bakal khalifah seterusnya. Madinah ketika ini dikuasai pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin Abu Talib sebagai pengganti khalifah sedangkan penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah manakala penduduk Kufah mencadangkan Zubair al Awwam. Musyawarah terpaksa diadakan dan keputusannya Saidina Ali bin Abi Talib dibaiah sebagai khalifah. Walaupun pada awalnya beliau menolak pelantikan itu, namun atas desakan para sahabat, akhirnya beliau menerima cadangan itu.
          Pemilihan dan perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara. Walaupun begitu, terdapat persamaan dalam setiap cara tersebut iaitu kesemuanya berasaskan musyawarah dan persetujuan ramai. Ciri demokrasi ini amat ketara ditambah dengan kriteria pemilihan yang tidak berlandaskan keturunan.

 

Sumbangan Khalifah




Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

            Khalifah Abu Bakar berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 537 M. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abu Quhafah. Beliau dikenali sebagai al-Siddiq, yang bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa menyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu, beliau juga bersifat jujur,ikhlas dan setia kepada baginda.

           Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda. Apabila perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua-dua pihak. Atas cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah.

             Sebagai pentadbir kerajaan Islam Madinah, Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Perpecahan ini berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddahyang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat. Ketegasan Khafilah Abu Bakar yang telah mengambil terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat. Di sini sebagai pemimpin, Khalifah Abu Bakar telah menjadi sumber teladan kepada mereka.

              Pemerintahan Khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar,iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat. Contohnya,beliau telah menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Kedua-dua ekspedisi ini telah berjaya mengalahkan musuh Islam.

            Khalifah Abu Bakar yang telah berusaha melicinkan lagi pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah ,iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran, serta melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah ini.

           Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali. Antara sumbangan beliau yang terbesar termasuklah usaha mengumpulkan tulisan al-Quran. Kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al-Riddah telah membimbangkan beliau dan ini seterusnya mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula. Salinan ayat al-Quran yang dihimpunkan itu kemudian disimpannya. Salinan itu seterusnya telah disimpan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Umat Islam. 

 Sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab

Berasal dari bani Adi. Tarikh lahir pada tahun 583M. nama sebenar Umar Al-Khattab bin Naufal keturunan Quraisy. terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang. Cara pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Dalam bidang politik-
Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan Ansar. Beliau membahagikan jajahan islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Penaklukan merupakan polisi negara. Antara wilayah yang berjaya dikuasai ialah Syria, Mesir dan Afrika Utara.

Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara. Jabatan kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi iaitu sebanyak 500 dirham.

                Pentadbiran tanah. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagikan kepada 2 jenis. Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl alayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah sawafi – tanah tidak bertuan yaang tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara umat islam.

                Terutama sekali ialah dalam bidang pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang badwi di kawasan pendalaman.

Mengasakan takwim hijri
-   Beliau menjadikan tahun hijrah Rasulullah s.a.w ke yatrib (madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalender bagi umat islam.
-          Pengenalan takwim hijri memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.
-  Ia memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.

 Mengasaskan al-diwan ( daftar atau buku catatan)
-       Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.
-    Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses perluasan wilayah.

Khalifah umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

Dalam bidang ekonomi-
                Untuk meningkatkan ekonomi, khalifah umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

                Khalifah umar telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai dua dirham, sementara anggur dikenakan 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulmal juga telah didirikan oleh khalifah Umar.

Penutup
Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, khalifah umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau panglima Agung Mukmim. Khalifah Umar telah memberi banyak sumbangan dalam tamadun Islam sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai zaman keemasan khilafah. (Tertutup). Pemerintahan Islam kemudiannya diteruskan lagi oleh khalifah seterusnya. Yang kemudiannya telah menyumbangkan banyak kepada pembangunan Islam sehingga Islam berjaya berkembang hingga ke hari ini. 
Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz
 Menghilangkan Amalan Nepotisme.

Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan. Keadilan adalah di antara dasar pemerintahan yang akan ditugaskan dan diperjuangkan beliau menurunkan kaum kerabat Bani Umayyah yang tidak bijak memerintah dan berunsurkan tipu daya.

Al-Mas’udi meriwayatkan: “Umar Abdul Aziz adalah ahli ibadah dan tawaduk, ia memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat Bani Umayyah dan menggantikannya dengan pekerja-pekerja yang lebih berkemampuan untuk bekerja”. Kemudian beliau memberikan nasihat-nasihat kepada gabenor-gabenornya. Beliau sangat mencela tindakan pegawai-pegawainya yang menyeleweng dan tidak berlaku amanah terhadap rakyatnya. Di antara ucapan beliau ialah: “Sesungguhnya kami menganggap yang lari dari kezaliman para pemimpinnya sebagai penderhaka, maka ketahuilah bahawa yang lebih patut dianggap menderhaka ialah pemimpin yang zalim. Ingatlah tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Allah.
Al-Balazuri menerangkan bahawa Muhammad bin Yusuf merupakan saudara Hajjaj bin Yusuf, pegawainya di Yaman melakukan penyelewengan merampas tanah-tanah rakyat tanpa hak dan mewajibkan penduduk Yaman agar membayar kharaj. Ketika Umar memegang jawatan Khilafah ia memerintahkan gabenornya untuk menghapuskan kewajipan tersebut dan supaya meringankan beban orang-orang yang dalam kesempitan.


Al-Mada’ini meriwayatkan: Umar mengangkat seorang laki-laki daripada bapa saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya dua orang laki-laki yang minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar (kewangan) tetapi beliau tidak memberi keputusan yang bijak antara keduanya dan mengenakan denda satu dinar, kemudian beliau akan menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut, maka Umar mengirim surat kepadanya:”Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu supaya meminta denda dan beliau menggantikannya dengan benda lain”.

•    Memecat wali-wali yang zalim dan menggantikannya dengan yang lebih baik.
"إن إقامة الحدود عندي كإقامة الصلاة والزكاة"
Maksudnya:
“ Sesungguhnya mengenakan hudud disisiku adalah sama hukumnya dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat”.

Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa-kuasa untuk pemerintahan pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindakan yang dibuat oleh wali-walinya dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga leluhur yang sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan wali-wali yang kuat seperti Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta wali-walinya supaya melaksanakan arahannya.

Dalam suasana begini perdagangan politik wali secara individu tidak penting berbanding dengan pemusatan kuasa pemerintahan Sulaiman. Umar bin Abdul Aziz memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir dan beliau bersedia melantik sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj sekiranya ia mempunyai sifat-sifat itu.


Pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ianya berjalan terus dan memerhatikan setiap kemungkaran dan tabiat para wali yang menindas rakyat dengan kezaliman iaitu dengan mengganti mereka yang ternyata kezaliman dan digantikan tempatnya oleh para wali yang baik akhlak dan budi pekertinya.

Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan amil-amil yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir. Usamah adalah seorang yang zalim dan banyak tindakannya yang melampaui batas. Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara dan Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq serta Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.

Tindakan selanjutnya ialah memecat Yazid bin Muhallab, wali Sulaiman di wilayah Timur dan seterusnya membahagikan kawasan yang besar itu kepada tiga bahagian iaitu Kufah, Basrah dan Khurasan. Dengan cara ini ia dapat dikuasai dan dikawal dengan sepenuhnya. Umar bin Abdul Aziz memandanganya sebagai gabenor diktator dan mengarahkan supaya mengembalikan harta rampasan perang dari Jurjan kemudian digantikan kedudukannya oleh Abdul Rahman bin Naimal Ghiffari. Kemudian dimasukkan penjara namun dapat melarikan diri ketika Umar sakit tenat.

Demikianlah pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk memecat gabenor-gabenor yang tidak berkelayakan adalah sama seperti mendirikan solat dan membayar zakat. Jika beliau tidak tunaikan amanat itu, beliau akan menanggung dosa di hadapan Allah kelak.


•    Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.

Khalifah Umar bin Abd Aziz pernah berkata yang bermaksudnya:
“Bahawasanya saya tidak menuduh agamamu dan tidak juga amanahmu, tetapi saya mencurigai kelalaianmu dan pemborosanmu, sesungguhnya saya akan menjadi hujah kaum Muslimin dalam harta mereka, kemudian ia memerintahkan mengganti harta baitulmal yang hilang kemudian dikembalikannya semula dan ia menghibahkan dari harta persendiriannya”.

Sifat amanah yang tinggi mendorong Umar bin Aziz untuk berlaku adil terhadap semua pihak baik terhadap dirinya, keluarganya mahupun kerabatnya yang dekat sekalipun. Bagi beliau, tidak ada sedikit pun perasaan takut untuk dikecam, ditentang atau dimusuhi sekalipun. Cintanya pada Allah dan Rasul mengatasi cintanya kepada kaum kerabatnya yang dinilai telah membolot harta kerajaan tanpa kebenaran. Sementara di sana ditemukan ramai rakyatnya yang hidup kekurangan dan tertindas hak-haknya.

Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan, sememangnya kenderaan itu dikhaskan bagi khalifah-khalifah yang baru, beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal, beliau tidak mahu tinggal di istana sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. Begitu juga semua tenda-tenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.

•    Mengubah Strategi Dakwah

Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada dakwah secara berhikmah. Beliau menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya, dakwah itu sangat berkesan menyebabkan ramai orang-orang yang memeluk Islam dan mengirim 10 ahli fiqh untuk mengajar mereka asas-asas agama dan pengajaran-pengajarannya kepada negeri-negeri yang baru menerima Islam. Beliau juga mengirim surat kepada Leo III raja Rom dan raja Sind mengajaknya memeluk Islam. Setelah mereka tahu sirahnya, maka mereka masuk Islam di antaranya ialah raja Hisbah bin Zahir. Kemudian Umar bin Abdul Aziz mengangkat Umar bin Muslim saudara Qutaibah bin Muslim di sempadan sebagai walinya.

Umar Abdul Aziz memang menjauhi penyebaran Islam dengan dakwah yang lemah lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera ynag melawan negara jirannya seperti Konstantinopal dan Asia Tengah. Umar Abdul Aziz mengarahkan al-Jarrah supaya menyeru penduduk tempatan memeluk agama Islam dan mengatakan sesiapa sahaja yang memeluk agama Islam akan dikecualikan daripada membayar jizyah, nama mereka disenaraikan dalam diwan dan akan dilayan seperti orang-orang Islam yang lain.

Menurut Mada’ini, Umar bin Abdul Aziz mengambil langkah ini apabila ia menerima aduan bahawa seramai 20 ribu orang kaum mawali yang menyertai beberapa kempen tidak menerima ata’, dan mereka yang memeluk Islam masih juga dikenakan jizyah. Kemudian beliau menghapuskan jizyah tersebut dari para mualaf. Umar juga sangat bijaksana dalam penarikan ufti (kharaj) sebagai contohnya beliau telah mengeluarkan arahan kepada Uqba’ bin Zur’a al-Ta’I supaya memungut ufti tanpa penganianyaan dan jika terdapat kelebihan yang diperlukan selepas pembahagian gaji, akan dibahagikan kepada kaum yang memerlukannya di Khurasan. Jika sekiranya jumlah kharaj yang diperlukan tidak mencukupi, maka Umar bin Abdul Aziz akan menghantar wang ke khurasan bagi menampung kekurangan wang itu.


•    Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).

Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini. Umar bin Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan akan tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.

Umar Abdul Aziz mengangkat maruah rakyatnya supaya berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Ia menulis surat kepada rakyatnya dipelbagai daerah:’’pegawai mana sahaja yang menjauhi kebenaran dan tidak beramal dengan al-Quran dan al-Sunah, tidak perlu kalian mentaatinya dan urusannya saya serahkan kepada kalian sampai kebenaran dikembalikan dan iapun tercela’’. Di antara salah satu suratnya kepada gabenor yang berbunyi: ”telah banyak orang yang mengeluh tentang dirimu dan sedikit yang memujimu, maka jika engkau tidak mahu berbuat adil aku akan memecatmu”. Pendapat rakyatnya yang bernas dan tepat sangat dihormati, beliau tidak mahu menyusahkan rakyatnya sebaliknya beliau tidak teragak-agak memecat gabenornya jika mengikut pendapat mereka melakukan penyelewengan dari panduan-panduannya. Demikianlah ia menjadikan kekuasaan rakyat di dalam kerajaannya.

Penghormatan Umar bin Abdul Aziz terhadap kebenaran sangat tinggi, beliau memuliakan kepada sesiapa sahaja yang dapat menyampaikan kebenaran tersebut tanpa megambil kira siapa sahaja orangnya. Dalam Muruj al-Zahab disebutkan seorang budak yang mewakili delegasi sebuah rombongan mereka. Pada suatu hari datang utusan dari Hijaz dan di antara mereka tampil seorang budak kecil untuk berbicara atas nama mereka dan mengemukakan masalah mereka.


Maka Umar Abdul Aziz menyanggahnya dan berkata kepadanya: Wahai budak, biarkan orang yang lebih tua darimu berbicara. Kemudian budak itu menjawab: Maksudnya: Wahai Amirul Mukminin, manusia itu diukur dengan kedua miliknya yang kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah telah mengkurniakan kepada seorang hamba lisan yang petah dan hati yang terjaga maka sebenarnya ia telah dielokkan dengan perhiasan. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pengutamaan seseorang itu kerana umurnya maka dalam umat ini masih banyak lagi yang lebih tua daripada kamu.

Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada pendapat-pendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil sekalipun. Syura benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem pemaksaan yang bersifat diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Rakyatnya tidak takut untuk mengemukakan pendapatnya jika benar ataupun menyanggah keputusan-keputusannya jika tidak sesuai dengan al-Quran mahupun al-Hadis.
Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid


•    Pendidikan.    
Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan.  Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan.  Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan.  Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan makmur.  Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.  Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah.   Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun. 
   
   
•    Pentadbiran
Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara agar menjadi sebuah negara yang aman.  Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, sseorang khalifah tidak akan mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran.  Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara.  Beliau telah dapat  membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan.  Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya  agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur.  Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya. 
   
•    Kemajuan Intelektual
Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda.  Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual.  Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid.  Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya.  Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya. 

•    Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid.  Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat.  Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal.  Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad.  Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad.  Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.



•    Hubungan diplomatik   
Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki.  Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium.  Hubungan yang baik dengan Kristian-Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah.  Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange.  Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan  Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri.   Manakala keluarga al-Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah.  Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.

    
•    Baitul hikmah
Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan.  Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah.  Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.  Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah.  Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan

 
KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A
[ 35-40 H / 656-661 M ]

RIWAYAT HIDUP

  1. Nama : Ali bin  Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
  2. Dilahirkan pada tahun ke 10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
  3. Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
  4. Merupakan kanak2 pertama yang memeluk Islam ketika berusia 10 tahun.
  5. Didoakan dengan lafaz ‘Karamallahu wajhah’ (orang yang dimuliakan wajahnya) pleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.
  6. Khalifah ke-4 dan terakhir dlm pemerintahan Khulafa’ Aer-Rasyidin (35-40 H / 656-661 M)



PELANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH

  1. Puak pemberontak yang telah membunuh Saidina Uthman bin Affan telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Uthman. Negara ketika itu dalam keadaan huru-hara.
  2. Saidina Ali bin Abi Talib pada mulanya enggan menerima tetapi memandangkan keadaan semakin genting, akhirnya beliau mendapat bersetuju untuk memegang jawatan khalifah.
  3. orang ramai datang memberi baiah kepadanya tetapi terdapat beberapa puak yang tidak bersetuju.
  4. Mereka yang menentang adalah dari kalangan keluarga Umaiyah termasuk Muawiyah bin Abu Sufian (gabenor Syam ketika itu).



SUMBANGAN KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A

  • Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara.



POLISI PENTADBIRAN KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A

  1. Menukarkan pegawai-pegawai lantikan Khalifah Uthman yang berketurunan Umayah dengan pegawai-pegawai baru termasuk Muawiyah bin Abu Suffian (gabenor Syam).
  2. Meneruskan Majlis Tahkim walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij.


Maksud Khalifah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin :-

  • Khalifah : Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam.
  • Khulafa’ Ar-Rasyidin : Gelaran kepada 4 orang sahabat yang memgang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W


Pusat pemerintahan dan berapa lama kekuasaan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
  • Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah, kekuasaannya selama lebih kurang 29 tahun mulai 11 Hijrah hingga 41 Hijrah.


Ciri-ciri Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin : -
  1. Merupakan sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
  2. Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil, tawaduk, berani, ikhlas dan berpendirian tegas.
  3. Mereka memperketatkan undang2 berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
  4. Rakyat dilayan sama rata.
  5. Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka. Sedia menerima pendapat rakyat.
  6. Mereka banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan agama Allah.


Dasar-dasar Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin : -
  1. Khalifah sebgai ketua negara.
  2. Undang- undang dan perlembagaan negara berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis.
  3. Pemimpin bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menegakkan kebenaran.
  4. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.
  5. Rakyat boleh menegur pemimpin dan memberi pandangan mengikut saluran tertentu.


Pembaharuan yang telah dibuat dalam Sistem Pentadbiran untuk Mengemaskini Pentadibiran Negara di Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
  1. Menubuhkan Majlis Syura.
  2. Pentadbiran wilayah
  3. Penubuhan jabatan yang dikenali sebagai “ Ad- Dewan”


Mengenai Majlis Syura : -
  1. Majlis Syura khas ditubuhkan pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khattab.
  2. Ditubuhkan bagi menentukan perlantikan khalifah.
  3. Majlis Syura terdiri daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.w
  4. Pelantikan pegawai-pegawai kerajaan juga dirujuk kepada pandangan ahli Majlis Syura.

Ciri-Ciri Utama Sistem Majlis Syura : -
  1. Keputusan dicapai melalui suara orang ramai.
  2. Pemimpin adalah dipilih oleh rakyat.
  3. Terdapat Majlis Tertinggi membuat dasar.
  4. Jawatan bukan milik keturunan.
  5. Sebarang keputusan berlandaskan Al-Quran dan Hadis.


Prinsip yang Diamalkan dalam Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
  1. Mengekalkan pemerintahan Islam yang diasaskan Rasulullah S.A.W
  2. Melaksanakan undang-undang Islam
  3. Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah asas pemerintahan.
  4. Mengamalkan amal makruf dan nahi mungkar.


Cara-Cara Pentadbiran Wilayah Dijalankan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
  1. Khalifah Umar telah mengadakan jawatan Gabenor (wakil khalifah) di wilayah yang di takhluk. Mereka (gabenor) bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dengan adil.
  2. Jawatan lain yang baru diwujudkan ialah :-
    • Ketua Setiausaa
    • Setiausaha
    • Pegawau Pemungut cukai
    • Pegawai Polis
    • Pengurus Perbendaharaan negara
    • Ketua Hakim
  3. Semua pegawai yg dilantik diberi surat perintah mengenai tugas dan kuasa mereka sebelum mereka dihantar ke wilayah berkenaan.
  4. Harta mereka diperiksa terlebih dahulu bagi mencegah penyalahgunaan kuasa mereka.
  5. Pada musim haji setiap tahun, pegawai-pegawai mesti hadir ke Mekah untuk memberi laporan mengenai pentadbiran wilayah.
  6. Rakyat berhak menyuarakan aduan kepada Khalifah mengenai pentadbiran pegawai. Khalifah akan siasat kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya.


Penubuhan Jabatan Ad-Dewan.
  1. Telah ditubuhkan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin supaya sistem pengurusan lebih teratur
  2. Antara jabatan yang baru ditubuhkan ialah :
    • Dewan Al-Jundi
                                              i.          Merupakan jabatan ketenteraan untuk mengatur latihan ketenteraan – untuk mengendalikan urusan ketenteraan
    • Dewan Al-Kharaj
                                              i.         Ditubuhkan untuk memungut hasil negara dengan lebih berkesan.
                                             ii.         Pembayaran cukai membayar cukai mereka kepasa pemungut cukai yang menemui mereka dikawasan-kawasan yang jauh. Hasil pendapatan negara bertambah dengan adanya pegawai-pegawai yang cekap.


KEMAJUAN ATAU PERKEMBANGAN SOSIAL, PENDIDIKAN DAN EKONOMI PADA ZAMAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

SOSIAL

PENDIDIKAN

EKONOMI

  1.Menjaga kebajikan rakyat sama ada Islam atau bukan Islam.
  2.Mengambil berat mengenai pendidikan.
  3.Melaksanakan keadilan seperti memansuhkan cukai jizyah seoranh Yahudi yang miskin.
  4.Mengadakan kemudahan awam untuk kepentingan rakyat seperti:-
  • Mengadakan Baitulmal
  • Membina tali air dan empangan bagi kemudahan pertanian.
  • Membina bandar-bandar baru.
5.    Memberi hak dan kebebasan kepada penduduk termasuk orang bukan Islam dibenarkan menganut agama mereka tanpa sebarang sekatan.

1.  Bidang pendidikan diberi perhatian berat oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin.
2.  Masjid merupakan institusi pendidikan yang penting
3.  Satu tempat belajar didirikan disekitar masjid dikenali sebagai “Kutab”. Disediakan untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis, mengira dan menghafaz Al-Quran.
4.  Guru-girudilantik dari kalangan mereka yang mampu mengajar Al-Quran, menulis, mengajar bidang-bidang tertentu seperti sirah, seni lukis dan lain-lain.
5.  Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab memberi pendidikan kepada kanak-kanak ditempat mereka.

1.    Ekonomi negara tidak begitu stabil di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar kerana khalifah terpaksa menghadapi golongan yang menentang kerajaan.
2.    Perubahan ekonomi yg ketara berlaku semasa pemerintahan Umar bin Al-Khattab dan pada awal pemerintahan Uthman kerana negara Islam menjadi luas. Byk kawasan pertanian yg subur dan pertambahan harta.
3.    Pengurusan Baitulmal dikemaskini oleh khalifah serta menubuhkan jabatan khususnya iaitu Dewan Al-Kharaj.
4.    Diperkenalkan undang-undang tanah negara untuk memastikan tiada tanah yang terbiar.


Perluasan Wilayah Semasa Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Ø  Semasa Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
  • Pengaruh Islam tersebar dikalangan qabilah Arab sekitar Mekah dan Madinah ekoran kejayaan tentera Islam memerangi golongan nabi palsu dan murtad.
  • Seluruh Iraq masuk dalam wilayah Islam apabila Hurmuz pembesar Parsi di Iraq dikalahkan
  • Syria dan Palestin berjaya ditundukkan oleh gabungan 4 panglima Islam:-
    1. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
    2. Yazid bin Abi Suffian
    3. Surahbil bin Hasanah.
    4. Khalid bin Al-Walid

Ø  Semasa Khalifah Umar bin Al-Khattab.
  • Membebaskan negeri-negeri diwilayah Iraq.
  • Membebaskan Palestin, Baitul Muqaddis dan Mesir.
  • Mendirikan bandar baru Kufah, Fustat dan Mosul

Ø  Semasa Khalifah Uthman bin Affan
·      Wilayah Islam berkembang ke Afrika Utara seperti Libya
·      Wilayah Islam berkembang ke Timur seperti Tukistan dan beberapa kawasan di India.
·      Pulay Cyprus berjaya ditawan oleh tentera laut Islam dibawah Muawiah.

Ø  Semasa Khalifah Ali bin Abi Talib
·      Perluasan kawasan terhenti berikutan negara kurang aman kerana pembunuhan Saidina Uthman bin Affan.

Kesan Positif yang diperoleh daripada Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin.
1.    Corak kepimpinan – Pemimpin negara menjadi ketua agama yang mendaulatkan syariat Islam.
2.    Sifat pemimpin – Berakhlak dan berwawasan adalah ciri utama pemilihan sebagai pemimpin negara.
3.    Pertahanan – Diberi keutamaan agar negara selamat daripada serangan luar.
4.    Ekonomi – Digubal secara adil agar kehidupan rakyat stabil.
5.    Sosial – Kebajikan rakyat diutamakan , rakyat dilayan dengan adil , Ilmu pengetahuan diutamakan.

Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin.
1.    Orang munafik mendapat peluang memecah belahkan umat Islam
2.    Negara Islam terdedah dengan fitnah dan perang saudara.
3.    Khaliah secara warisan mengambil alih kepimpinan negara selepas Khulafa’ Ar-Rasyidin.
4.    Munculnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah & Syiah.