INSTITUSI KHILAFAH
Pengenalan
Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna "pengganti". Istilah khulafa ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, "khalifah" ialah seseorang yang dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad. Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua negara Islam yang baru.
Beberapa Pendapat Berhubung dengan Pemilihan KhalifahJawatan tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang termasuklah Abu Bakar, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini disebabkan sifat kepimpinan orang Quraisy sememangnya telah diakui oleh masyarakat Arab ketika itu.
Jawatan ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait.
Jawatan khalifah adalah hak semua orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin atau Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang lagi dari kalangan Muhajirin.
Cara Pemilihan Khalifah

Cara Perundingan Beramai-ramai
Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar telah dilantik melalui bai'at yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat I dikenali sebagai Bai'at Khas di Balai / Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali sebagai Bai'at Am. Ia diadakan di Masjid Nabi.
Menyusulkan Seorang CalonDalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.
Menyusul Sekumpulan Calon
Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari selepas kewafatan Umar.
Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat
Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.
Syarat Kelayakan Khalifah
- Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
- Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
- Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
- Mesti kifayah / berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang.
- Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
- Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
- Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.
Bidang Kuasa Khalifah
- Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam dalam sesebuah masyarakat Islam.
- Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam negara.
- Meraka juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan percukaian sama ada dari segi pungutan / penggunaan.
- Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai dalam pentadbiran negara.
Keistimewaan Khalifah
- Khalifah memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan keduaniaan. Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
- Khalifah adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak berlaku.
- Khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah satu-satunya milik Allah.
- Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam. Mereka boleh didakwa dan dibicarakan.
- Sistem khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip "syura" di mana khalifah harus tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
- Rakyat diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam lingkungan yang dibenarkan oleh "syura"
- Kelangsungan sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya'ah (bai'at). Seseorang khalifah tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai'at dari orang ramai.
- Perlantikan khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.
Majlis Syura
- Semasa Abu Bakar, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
- Semasa Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
- Orang yang menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-'aqd.
- Mereka merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
- Syarat menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh; (4) merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.
Bai'ah
- Perkataan ini berasal dari kata dasar ba'a ertinya menjual.
- Bai'ah: Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
- Merupakan satu syarat perlantikan khalifah.
- khalifah
yang mendapat bai'ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Jika pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak
jawatan.
Kesimpulan
Oleh sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia merupakan satu pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan bernegara. Ia sesuai dengan keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu rohani dan jasmani.
Esei Sistem Pemilihan Khalifah
Kaedah-kaedah pemilihan khalifah yang
diamalkan bagi memilih khalifah dalam Khulafa/Khalifah al Rasyidin.
Khalifah merupakan
satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang
telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang
bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang
rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu. Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang
khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah
berbeza.
Kaedah pelantikan
terawal yang digunakan ialah perundingan beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai
musyawarah. Nabi Muhammad s.a.w. tidak meninggalkan sebarang wasiat mahupun
pesanan tentang calon pengganti sebelum baginda wafat. Baginda memberi
kebebasan kepada umat Islam memilih calon khalifah sendiri bagi meneruskan
pemerintahan negara Islam. Oleh itu,
umat Islam telah mengadakan rundingan dan persetujuan tanpa menetapkan calon
terlebih dahulu.
Berpandukan pelantikan
Saidina Abu Bakar al Siddiq yang pernah mengimamkan sembahyang sewaktu Nabi
Muhammad s.a.w. sedang uzur, para sahabat seolah-olah dapat meneka calon
khalifah yang pertama. Kaum Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat Islam
berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah. Bagi
mengelak perselisihan antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu bakar al Siddiq
mencalonkan Saidina Umar al Khattab mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili
Ansar sebagai khalifah. Namun, kedua-duanya menarik diri malah mereka
mencalonkan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu
Bakar al Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.
Cara pemilihan
seterusnya ialah mengusul atau mencadangkan seorang calon. Khalifah sebelumnya
mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke musyawarah dalam Majlis Syura dan
dibaiah umat Islam. Cara ini digunakan dalam proses pelantikan khalifah kedua
iaitu Khalifah Umar al Khattab. Bagi mengelakkan berulang kembali Gerakan Al
Riddah, Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan
Saidina Umar al Khattab sebagai penggantinya. Pencalonan ini telah dipersetujui
umat Islam dan setelah bermusyawarah bersama para sahabat dan ahli lembaga
Majlis Syura, Saidina Umar al Khattab telah dibaiah oleh umat Islam tanpa
bantahan. Cara ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.
Kaedah seterusnya
ialah mengusulkan beberapa orang calon. Khalifah terdahulu akan mencadangkan
nama beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih salah
seorang daripada mereka. Khalifah Umar al Khattab yang sedang tenat akibat
tikaman seorang keturunan hamba Parsi telah menyebut nama Saidina Uthman bin
affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah,
Zubair al Awwam dan saad bin Abu Waqas. Puteranya sendiri iaitu Abdullah bin
Umar al Khattab tidak dicalonkan. Musyawarah diadakan di rumah Saidatina Aisyah
binti Abu Bakar dan tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar al Khattab, Abdul
Rahman bin Auf dipilih mempengerusikan musyawarah memilih pengganti khalifah. Undian
telah dibuat dan akhirnya Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi
setelah empat orang calon menarik diri. Khalifah Uthman bin Affan memerintah
sebagai khalifah ketiga dalam Khulafa al Rasyidin.
Kaedah terakhir yang
digunakan ialah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat. Setelah kewafatan
Khalifah Uthman bin Affan pada 656M, berlaku pergolakan dalam kalangan umat
Islam untuk menentukan bakal khalifah seterusnya. Madinah ketika ini dikuasai
pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin Abu Talib sebagai
pengganti khalifah sedangkan penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah
manakala penduduk Kufah mencadangkan Zubair al Awwam. Musyawarah terpaksa
diadakan dan keputusannya Saidina Ali bin Abi Talib dibaiah sebagai khalifah.
Walaupun pada awalnya beliau menolak pelantikan itu, namun atas desakan para
sahabat, akhirnya beliau menerima cadangan itu.
Pemilihan dan
perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara. Walaupun begitu, terdapat
persamaan dalam setiap cara tersebut iaitu kesemuanya berasaskan musyawarah dan
persetujuan ramai. Ciri demokrasi ini amat ketara ditambah dengan kriteria
pemilihan yang tidak berlandaskan keturunan.
Sumbangan Khalifah
Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Khalifah Abu Bakar berketurunan Bani Tamim
dan dilahirkan pada tahun 537 M. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abu
Quhafah. Beliau dikenali sebagai al-Siddiq, yang bermaksud yang membenarkan
kerana beliau sentiasa menyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad
s.a.w.. Selain itu, beliau juga bersifat jujur,ikhlas dan setia kepada
baginda.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, orang
Ansar bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk
menggantikan baginda. Apabila perkara ini diketahui oleh golongan
Muhajirin, suatu pertemuan untuk membincangkan perkara tersebut telah
diadakan oleh kedua-dua pihak. Atas cadangan Saidina Umar, mereka
bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah
kerajaan Islam Madinah.
Sebagai pentadbir kerajaan Islam Madinah,
Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengatasi masalah perpecahan yang
melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..
Perpecahan ini berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan
gerakan golongan al-Riddahyang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran
hingga tidak mahu membayar zakat. Ketegasan Khafilah Abu Bakar yang
telah mengambil terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan
seluruh ahli masyarakat. Di sini sebagai pemimpin, Khalifah Abu Bakar
telah menjadi sumber teladan kepada mereka.
Pemerintahan Khalifah Abu Bakar turut
memperlihatkan keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman
kuasa luar,iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur
(Byzantine) di sebelah barat. Contohnya,beliau telah menghantar
panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang
angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Kedua-dua
ekspedisi ini telah berjaya mengalahkan musuh Islam.
Khalifah Abu Bakar yang telah berusaha
melicinkan lagi pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab
kepada sepuluh wilayah ,iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan,
Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran, serta melantik seorang
ketua atau amir untuk mentadbir wilayah ini.
Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji
untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah,
dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.
Antara sumbangan beliau yang terbesar termasuklah usaha mengumpulkan
tulisan al-Quran. Kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang
golongan al-Riddah telah membimbangkan beliau dan ini seterusnya
mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan
tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta
menyalinnya semula. Salinan ayat al-Quran yang dihimpunkan itu kemudian
disimpannya. Salinan itu seterusnya telah disimpan oleh Khalifah Umar
bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman
bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau,
Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Umat Islam.
Sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab
Berasal
dari bani Adi. Tarikh lahir pada tahun 583M. nama sebenar Umar
Al-Khattab bin Naufal keturunan Quraisy. terkenal dengan sifat berani,
tegas, dan berterus terang. Cara pelantikannya telah dicadangkan oleh
Khalifah Abu Bakar al-siddiq iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sedang
sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang
ramai.
Dalam bidang politik-
Memperkenalkan
dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan
majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan Ansar.
Beliau membahagikan jajahan islam kepada beberapa wilayah dan melantik
wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam
dan panglima tentera. Penaklukan merupakan polisi negara. Antara wilayah
yang berjaya dikuasai ialah Syria, Mesir dan Afrika Utara.
Khalifah
Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti jabatan
tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan
negara. Jabatan kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain
dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji
bulanan yang tinggi iaitu sebanyak 500 dirham.
Pentadbiran tanah. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam
dibahagikan kepada 2 jenis. Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir
oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl
alayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah sawafi – tanah
tidak bertuan yaang tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi
mengelakkan berlakunya perpecahan antara umat islam.
Terutama sekali ialah dalam bidang pendidikan, Khalifah Umar telah
mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran
di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke
pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan
pernah dihantar untuk mengajar orang badwi di kawasan pendalaman.
Mengasakan takwim hijri
- Beliau menjadikan tahun hijrah Rasulullah s.a.w ke yatrib (madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalender bagi umat islam.
- Pengenalan takwim hijri memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.
- Ia memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.
Mengasaskan al-diwan ( daftar atau buku catatan)
- Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.
- Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses perluasan wilayah.
Khalifah
umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap
dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian
seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu
pertahanan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti
di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Dalam bidang ekonomi-
Untuk meningkatkan ekonomi, khalifah umar telah membina terusan dan
tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu
Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di
Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di
samping mengusahakan tanah terbiar.
Khalifah umar telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah
yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai
kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.
Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum
dikenakan cukai dua dirham, sementara anggur dikenakan 10 dirham. Bagi
mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan
kharaj, maka, baitulmal juga telah didirikan oleh khalifah Umar.
Penutup
Dengan
kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, khalifah umar telah diberikan
gelaran Amirul Mukminin atau panglima Agung Mukmim. Khalifah Umar telah
memberi banyak sumbangan dalam tamadun Islam sehingga zaman
pemerintahannya dikenali sebagai zaman keemasan khilafah. (Tertutup).
Pemerintahan Islam kemudiannya diteruskan lagi oleh khalifah seterusnya.
Yang kemudiannya telah menyumbangkan banyak kepada pembangunan Islam
sehingga Islam berjaya berkembang hingga ke hari ini.
Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz
Menghilangkan Amalan Nepotisme.
Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan. Keadilan adalah di antara dasar pemerintahan yang akan ditugaskan dan diperjuangkan beliau menurunkan kaum kerabat Bani Umayyah yang tidak bijak memerintah dan berunsurkan tipu daya.
Al-Mas’udi meriwayatkan: “Umar Abdul Aziz adalah ahli ibadah dan tawaduk, ia memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat Bani Umayyah dan menggantikannya dengan pekerja-pekerja yang lebih berkemampuan untuk bekerja”. Kemudian beliau memberikan nasihat-nasihat kepada gabenor-gabenornya. Beliau sangat mencela tindakan pegawai-pegawainya yang menyeleweng dan tidak berlaku amanah terhadap rakyatnya. Di antara ucapan beliau ialah: “Sesungguhnya kami menganggap yang lari dari kezaliman para pemimpinnya sebagai penderhaka, maka ketahuilah bahawa yang lebih patut dianggap menderhaka ialah pemimpin yang zalim. Ingatlah tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Allah.

Al-Balazuri menerangkan bahawa Muhammad bin Yusuf merupakan saudara
Hajjaj bin Yusuf, pegawainya di Yaman melakukan penyelewengan merampas
tanah-tanah rakyat tanpa hak dan mewajibkan penduduk Yaman agar membayar
kharaj. Ketika Umar memegang jawatan Khilafah ia memerintahkan
gabenornya untuk menghapuskan kewajipan tersebut dan supaya meringankan
beban orang-orang yang dalam kesempitan.
Al-Mada’ini meriwayatkan: Umar mengangkat seorang laki-laki daripada bapa saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya dua orang laki-laki yang minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar (kewangan) tetapi beliau tidak memberi keputusan yang bijak antara keduanya dan mengenakan denda satu dinar, kemudian beliau akan menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut, maka Umar mengirim surat kepadanya:”Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu supaya meminta denda dan beliau menggantikannya dengan benda lain”.
• Memecat wali-wali yang zalim dan menggantikannya dengan yang lebih baik.

"إن إقامة الحدود عندي كإقامة الصلاة والزكاة"
Maksudnya:
“ Sesungguhnya mengenakan hudud disisiku adalah sama hukumnya dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat”.
Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa-kuasa untuk pemerintahan pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindakan yang dibuat oleh wali-walinya dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga leluhur yang sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan wali-wali yang kuat seperti Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta wali-walinya supaya melaksanakan arahannya.
Dalam suasana begini perdagangan politik wali secara individu tidak penting berbanding dengan pemusatan kuasa pemerintahan Sulaiman. Umar bin Abdul Aziz memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir dan beliau bersedia melantik sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj sekiranya ia mempunyai sifat-sifat itu.
Pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ianya berjalan terus dan memerhatikan setiap kemungkaran dan tabiat para wali yang menindas rakyat dengan kezaliman iaitu dengan mengganti mereka yang ternyata kezaliman dan digantikan tempatnya oleh para wali yang baik akhlak dan budi pekertinya.
Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan amil-amil yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir. Usamah adalah seorang yang zalim dan banyak tindakannya yang melampaui batas. Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara dan Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq serta Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.
Tindakan selanjutnya ialah memecat Yazid bin Muhallab, wali Sulaiman di wilayah Timur dan seterusnya membahagikan kawasan yang besar itu kepada tiga bahagian iaitu Kufah, Basrah dan Khurasan. Dengan cara ini ia dapat dikuasai dan dikawal dengan sepenuhnya. Umar bin Abdul Aziz memandanganya sebagai gabenor diktator dan mengarahkan supaya mengembalikan harta rampasan perang dari Jurjan kemudian digantikan kedudukannya oleh Abdul Rahman bin Naimal Ghiffari. Kemudian dimasukkan penjara namun dapat melarikan diri ketika Umar sakit tenat.
Demikianlah pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk memecat gabenor-gabenor yang tidak berkelayakan adalah sama seperti mendirikan solat dan membayar zakat. Jika beliau tidak tunaikan amanat itu, beliau akan menanggung dosa di hadapan Allah kelak.
• Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.
Khalifah Umar bin Abd Aziz pernah berkata yang bermaksudnya:
“Bahawasanya saya tidak menuduh agamamu dan tidak juga amanahmu, tetapi saya mencurigai kelalaianmu dan pemborosanmu, sesungguhnya saya akan menjadi hujah kaum Muslimin dalam harta mereka, kemudian ia memerintahkan mengganti harta baitulmal yang hilang kemudian dikembalikannya semula dan ia menghibahkan dari harta persendiriannya”.
Sifat amanah yang tinggi mendorong Umar bin Aziz untuk berlaku adil terhadap semua pihak baik terhadap dirinya, keluarganya mahupun kerabatnya yang dekat sekalipun. Bagi beliau, tidak ada sedikit pun perasaan takut untuk dikecam, ditentang atau dimusuhi sekalipun. Cintanya pada Allah dan Rasul mengatasi cintanya kepada kaum kerabatnya yang dinilai telah membolot harta kerajaan tanpa kebenaran. Sementara di sana ditemukan ramai rakyatnya yang hidup kekurangan dan tertindas hak-haknya.
Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan, sememangnya kenderaan itu dikhaskan bagi khalifah-khalifah yang baru, beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal, beliau tidak mahu tinggal di istana sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. Begitu juga semua tenda-tenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.
• Mengubah Strategi Dakwah
Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada dakwah secara berhikmah. Beliau menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya, dakwah itu sangat berkesan menyebabkan ramai orang-orang yang memeluk Islam dan mengirim 10 ahli fiqh untuk mengajar mereka asas-asas agama dan pengajaran-pengajarannya kepada negeri-negeri yang baru menerima Islam. Beliau juga mengirim surat kepada Leo III raja Rom dan raja Sind mengajaknya memeluk Islam. Setelah mereka tahu sirahnya, maka mereka masuk Islam di antaranya ialah raja Hisbah bin Zahir. Kemudian Umar bin Abdul Aziz mengangkat Umar bin Muslim saudara Qutaibah bin Muslim di sempadan sebagai walinya.
Umar Abdul Aziz memang menjauhi penyebaran Islam dengan dakwah yang lemah lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera ynag melawan negara jirannya seperti Konstantinopal dan Asia Tengah. Umar Abdul Aziz mengarahkan al-Jarrah supaya menyeru penduduk tempatan memeluk agama Islam dan mengatakan sesiapa sahaja yang memeluk agama Islam akan dikecualikan daripada membayar jizyah, nama mereka disenaraikan dalam diwan dan akan dilayan seperti orang-orang Islam yang lain.
Menurut Mada’ini, Umar bin Abdul Aziz mengambil langkah ini apabila ia menerima aduan bahawa seramai 20 ribu orang kaum mawali yang menyertai beberapa kempen tidak menerima ata’, dan mereka yang memeluk Islam masih juga dikenakan jizyah. Kemudian beliau menghapuskan jizyah tersebut dari para mualaf. Umar juga sangat bijaksana dalam penarikan ufti (kharaj) sebagai contohnya beliau telah mengeluarkan arahan kepada Uqba’ bin Zur’a al-Ta’I supaya memungut ufti tanpa penganianyaan dan jika terdapat kelebihan yang diperlukan selepas pembahagian gaji, akan dibahagikan kepada kaum yang memerlukannya di Khurasan. Jika sekiranya jumlah kharaj yang diperlukan tidak mencukupi, maka Umar bin Abdul Aziz akan menghantar wang ke khurasan bagi menampung kekurangan wang itu.
• Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).
Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini. Umar bin Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan akan tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.
Umar Abdul Aziz mengangkat maruah rakyatnya supaya berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Ia menulis surat kepada rakyatnya dipelbagai daerah:’’pegawai mana sahaja yang menjauhi kebenaran dan tidak beramal dengan al-Quran dan al-Sunah, tidak perlu kalian mentaatinya dan urusannya saya serahkan kepada kalian sampai kebenaran dikembalikan dan iapun tercela’’. Di antara salah satu suratnya kepada gabenor yang berbunyi: ”telah banyak orang yang mengeluh tentang dirimu dan sedikit yang memujimu, maka jika engkau tidak mahu berbuat adil aku akan memecatmu”. Pendapat rakyatnya yang bernas dan tepat sangat dihormati, beliau tidak mahu menyusahkan rakyatnya sebaliknya beliau tidak teragak-agak memecat gabenornya jika mengikut pendapat mereka melakukan penyelewengan dari panduan-panduannya. Demikianlah ia menjadikan kekuasaan rakyat di dalam kerajaannya.
Penghormatan Umar bin Abdul Aziz terhadap kebenaran sangat tinggi, beliau memuliakan kepada sesiapa sahaja yang dapat menyampaikan kebenaran tersebut tanpa megambil kira siapa sahaja orangnya. Dalam Muruj al-Zahab disebutkan seorang budak yang mewakili delegasi sebuah rombongan mereka. Pada suatu hari datang utusan dari Hijaz dan di antara mereka tampil seorang budak kecil untuk berbicara atas nama mereka dan mengemukakan masalah mereka.
Maka Umar Abdul Aziz menyanggahnya dan berkata kepadanya: Wahai budak, biarkan orang yang lebih tua darimu berbicara. Kemudian budak itu menjawab: Maksudnya: Wahai Amirul Mukminin, manusia itu diukur dengan kedua miliknya yang kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah telah mengkurniakan kepada seorang hamba lisan yang petah dan hati yang terjaga maka sebenarnya ia telah dielokkan dengan perhiasan. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pengutamaan seseorang itu kerana umurnya maka dalam umat ini masih banyak lagi yang lebih tua daripada kamu.
Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada pendapat-pendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil sekalipun. Syura benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem pemaksaan yang bersifat diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Rakyatnya tidak takut untuk mengemukakan pendapatnya jika benar ataupun menyanggah keputusan-keputusannya jika tidak sesuai dengan al-Quran mahupun al-Hadis.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid
• Pendidikan.
Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
• Pentadbiran
Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara agar menjadi sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, sseorang khalifah tidak akan mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.
• Kemajuan Intelektual
Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.
• Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.
• Hubungan diplomatik
Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian-Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al-Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.
• Baitul hikmah
Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan
KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI
TALIB R.A
[ 35-40 H / 656-661 M ]
RIWAYAT HIDUP
|
PELANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH
|
SUMBANGAN KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
R.A
|
POLISI PENTADBIRAN KHALIFAH SAIDINA ALI BIN
ABI TALIB R.A
|
Maksud Khalifah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
- Khalifah : Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam.
- Khulafa’ Ar-Rasyidin : Gelaran kepada 4 orang sahabat yang memgang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W
Pusat pemerintahan dan berapa lama kekuasaan
kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
- Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah, kekuasaannya selama lebih kurang 29 tahun mulai 11 Hijrah hingga 41 Hijrah.
Ciri-ciri Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin :
-
- Merupakan sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
- Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil, tawaduk, berani, ikhlas dan berpendirian tegas.
- Mereka memperketatkan undang2 berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
- Rakyat dilayan sama rata.
- Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka. Sedia menerima pendapat rakyat.
- Mereka banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan agama Allah.
Dasar-dasar Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin
: -
- Khalifah sebgai ketua negara.
- Undang- undang dan perlembagaan negara berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis.
- Pemimpin bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menegakkan kebenaran.
- Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.
- Rakyat boleh menegur pemimpin dan memberi pandangan mengikut saluran tertentu.
Pembaharuan yang telah dibuat dalam Sistem
Pentadbiran untuk Mengemaskini Pentadibiran Negara di Zaman Khulafa’
Ar-Rasyidin :-
- Menubuhkan Majlis Syura.
- Pentadbiran wilayah
- Penubuhan jabatan yang dikenali sebagai “ Ad- Dewan”
Mengenai Majlis Syura : -
- Majlis Syura khas ditubuhkan pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khattab.
- Ditubuhkan bagi menentukan perlantikan khalifah.
- Majlis Syura terdiri daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.w
- Pelantikan pegawai-pegawai kerajaan juga dirujuk kepada pandangan ahli Majlis Syura.
Ciri-Ciri Utama Sistem Majlis Syura : -
- Keputusan dicapai melalui suara orang ramai.
- Pemimpin adalah dipilih oleh rakyat.
- Terdapat Majlis Tertinggi membuat dasar.
- Jawatan bukan milik keturunan.
- Sebarang keputusan berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
Prinsip yang Diamalkan dalam Pentadbiran
Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
- Mengekalkan pemerintahan Islam yang diasaskan Rasulullah S.A.W
- Melaksanakan undang-undang Islam
- Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah asas pemerintahan.
- Mengamalkan amal makruf dan nahi mungkar.
Cara-Cara Pentadbiran Wilayah Dijalankan
oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
- Khalifah Umar telah mengadakan jawatan Gabenor (wakil khalifah) di wilayah yang di takhluk. Mereka (gabenor) bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dengan adil.
- Jawatan lain yang baru diwujudkan ialah :-
- Ketua Setiausaa
- Setiausaha
- Pegawau Pemungut cukai
- Pegawai Polis
- Pengurus Perbendaharaan negara
- Ketua Hakim
- Semua pegawai yg dilantik diberi surat perintah mengenai tugas dan kuasa mereka sebelum mereka dihantar ke wilayah berkenaan.
- Harta mereka diperiksa terlebih dahulu bagi mencegah penyalahgunaan kuasa mereka.
- Pada musim haji setiap tahun, pegawai-pegawai mesti hadir ke Mekah untuk memberi laporan mengenai pentadbiran wilayah.
- Rakyat berhak menyuarakan aduan kepada Khalifah mengenai pentadbiran pegawai. Khalifah akan siasat kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya.
Penubuhan Jabatan Ad-Dewan.
- Telah ditubuhkan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin supaya sistem pengurusan lebih teratur
- Antara jabatan yang baru ditubuhkan ialah :
- Dewan Al-Jundi
i.
Merupakan jabatan ketenteraan untuk
mengatur latihan ketenteraan – untuk mengendalikan urusan ketenteraan
- Dewan Al-Kharaj
i.
Ditubuhkan
untuk memungut hasil negara dengan lebih berkesan.
ii.
Pembayaran
cukai membayar cukai mereka kepasa pemungut cukai yang menemui mereka
dikawasan-kawasan yang jauh. Hasil pendapatan negara bertambah dengan adanya
pegawai-pegawai yang cekap.
KEMAJUAN ATAU PERKEMBANGAN
SOSIAL, PENDIDIKAN DAN EKONOMI PADA ZAMAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
SOSIAL
|
PENDIDIKAN
|
EKONOMI
|
1.Menjaga kebajikan rakyat sama ada Islam
atau bukan Islam.
2.Mengambil berat mengenai pendidikan.
3.Melaksanakan keadilan seperti memansuhkan
cukai jizyah seoranh Yahudi yang miskin.
4.Mengadakan kemudahan awam untuk kepentingan
rakyat seperti:-
5. Memberi hak dan kebebasan kepada penduduk
termasuk orang bukan Islam dibenarkan menganut agama mereka tanpa sebarang
sekatan.
|
1. Bidang pendidikan diberi perhatian berat
oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin.
2. Masjid merupakan institusi pendidikan yang
penting
3. Satu tempat belajar didirikan disekitar
masjid dikenali sebagai “Kutab”. Disediakan untuk kanak-kanak belajar
membaca, menulis, mengira dan menghafaz Al-Quran.
4. Guru-girudilantik dari kalangan mereka
yang mampu mengajar Al-Quran, menulis, mengajar bidang-bidang tertentu
seperti sirah, seni lukis dan lain-lain.
5. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab
memberi pendidikan kepada kanak-kanak ditempat mereka.
|
1. Ekonomi negara tidak begitu stabil di
zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar kerana khalifah terpaksa menghadapi
golongan yang menentang kerajaan.
2. Perubahan ekonomi yg ketara berlaku semasa
pemerintahan Umar bin Al-Khattab dan pada awal pemerintahan Uthman kerana
negara Islam menjadi luas. Byk kawasan pertanian yg subur dan pertambahan
harta.
3. Pengurusan Baitulmal dikemaskini oleh
khalifah serta menubuhkan jabatan
khususnya iaitu Dewan Al-Kharaj.
4. Diperkenalkan undang-undang tanah negara
untuk memastikan tiada tanah yang terbiar.
|
Perluasan Wilayah Semasa Pemerintahan
Khulafa’ Ar-Rasyidin.
Ø Semasa
Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
- Pengaruh Islam tersebar dikalangan qabilah Arab sekitar Mekah dan Madinah ekoran kejayaan tentera Islam memerangi golongan nabi palsu dan murtad.
- Seluruh Iraq masuk dalam wilayah Islam apabila Hurmuz pembesar Parsi di Iraq dikalahkan
- Syria dan Palestin berjaya ditundukkan oleh gabungan 4 panglima Islam:-
- Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
- Yazid bin Abi Suffian
- Surahbil bin Hasanah.
- Khalid bin Al-Walid
Ø Semasa
Khalifah Umar bin Al-Khattab.
- Membebaskan negeri-negeri diwilayah Iraq.
- Membebaskan Palestin, Baitul Muqaddis dan Mesir.
- Mendirikan bandar baru Kufah, Fustat dan Mosul
Ø Semasa
Khalifah Uthman bin Affan
·
Wilayah
Islam berkembang ke Afrika Utara seperti Libya
·
Wilayah
Islam berkembang ke Timur seperti Tukistan dan beberapa kawasan di India.
·
Pulay
Cyprus berjaya ditawan oleh tentera laut Islam dibawah Muawiah.
Ø Semasa
Khalifah Ali bin Abi Talib
·
Perluasan
kawasan terhenti berikutan negara kurang aman kerana pembunuhan Saidina Uthman
bin Affan.
Kesan Positif yang diperoleh
daripada Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin.
1.
Corak kepimpinan – Pemimpin negara menjadi ketua agama yang
mendaulatkan syariat Islam.
2.
Sifat pemimpin – Berakhlak dan berwawasan adalah ciri
utama pemilihan sebagai pemimpin negara.
3.
Pertahanan – Diberi keutamaan agar negara selamat daripada serangan luar.
4.
Ekonomi – Digubal secara adil agar kehidupan rakyat stabil.
5.
Sosial – Kebajikan rakyat diutamakan , rakyat dilayan dengan adil , Ilmu pengetahuan diutamakan.
Akibat Membelakangkan
Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin.
1.
Orang
munafik mendapat peluang memecah belahkan umat Islam
2.
Negara
Islam terdedah dengan fitnah dan perang saudara.
3.
Khaliah
secara warisan mengambil alih kepimpinan negara selepas Khulafa’ Ar-Rasyidin.
4.
Munculnya
perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah & Syiah.
No comments:
Post a Comment