Tuesday, March 26, 2013

Sejarah Islam (500-1918): 1. Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar: 1.1 Masyarakat Jahiliah


Berikut ialah ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah;
Masyarakat Arab  yang mendiami Tanah Arab boleh dipecahkan kepada 4 kumpulan utama iaitu;

 Masyarakat Arab jahiliah boleh digolongkan kepada dua iaitu;

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Badwi;

Ciri-ciri masyarakat Arab Hadari;

Sistem Sosial, Politik dan Ekonomi Arab Jahiliah

1. Sistem Sosial Masyarakat Arab Jahiliah




2. Sistem Politik Masyarakat Arab Jahiliah



3. Sistem Ekonomi Masyarakat Arab Jahiliah

Sistem Ilmu, Agama & Kepercayaan Arab Jahiliah

1. Sistem Ilmu Masyarakat Arab Jahiliah



2. Sistem Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Jahiliah

Konsep Jahiliah - berasal dari,  istilah Arab jahala bermaksud bodoh, dan ciri-ciri jahiliah dalam masyarakat Arab dapat dirujuk kepada empat iaitu:
  1. Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
  2. Tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
  3. Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  4. Masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
Keempat-empat sifat ini memang terdapat di kalangan masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.



Masyarakat Arab JAhiliah 

Jangkamasa Zaman Jahiliah:

- Bermula  zaman Jahiliah ini ialah selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Sekitar tahun 3000M hingga turunnya Al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M.

Masyarakat Arab dikatakan jahil bukan sahaja dari aspek agama dan akhlak, tetapi juga politik, ekonomi, sosial dan juga ilmu pengetahuan.

AGAMA 

- Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Wathani
- sebahagian tidak beragama & mengamalkan animisme, unsur-unsur karut dan tahyul, bertenung nasib.

POLITIK

- Tidak mempunyai struktur kerajaan yang teratur dan berkuasa.
- kedudukan politik tergugat akibat penjajahan
- hidup berpuak-puak/ sering berperang sesama sendiri - sering berlaku peperangan untuk mendapatkan kuasa.

EKONOMI 

- Berlaku kemerosotan ekonomi, hasil pengeluaran pertanian di Selatan semenanjung Arab merosot dengan teruk skibat tiada sistem pengairana yang baik.
- perdagangan mereka pula tidak menguntungkan/ berlaku penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin/ riba.
- rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan 
- penternakan dilakukan oleh golongan Badawi secara nomad.

SOSIAL 

- Masyarakat Arab terbahagi kepada dua - bandar (Hadari) dan padang pasir (Badwi).
- Tertakluk kepada sistem kabilah - iaitu satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
- Penyatuan masyarakat berkabilah berdasarkan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai assabiyah.
- Bermegah dengan kabilah sendiri dan memandang hina terhadap kabilah yang lain. 
- Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan & sering berlaku peperangan - Perang Al Basus melibatkan 2 kabilah.
- Kedudukan wanita tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat dan keluarga/ beranggapan anak perempuan membawa masalah apabila besar/ sanggup bunuh anak perempuan hidup-hidup.
- Mengamalkan sistem perhambaan/ hamba dipandang hina & mempunyai status yang rendah dalam masyarakat. 
- Mengamalkan akhlak yang tidak baik seperti berjudi, minum arak dan berzina.

ILMU PENGETAHUAN 

- Mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti politik dan ekonomi & tidak mampu menjadukan mereka bangsa yang bertamadun.
- Kebanyakkan mereka buta huruf & tradisi ilmu hanyalah dalam bentuk lisan.
- Hanya terdapat 17 orang yang boleh membaca dan menulis. 
- Tradisi kesusasteraan seperti bersajak & bersyair bertujuan mencerca, menyindir dan berseronok semata-mata.

  
Struktur masyarakat jahiliah (Esei)


Pengenalan:
          Zaman jahiliah berlangsung selama kira-kira 300 tahun di Semenanjung Tanah Arab. Zaman ini bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib dalam kerajaan Saba’ pada sekitar tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran serta  Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul pada tahun 610M.

Isi:
          Struktur sosial  masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah. Kabilah terbentuk daripada beberapa keluarga yang membentuk ihai, beberapa ihai bergabung membentuk kaum dan beberapa kaum bergabung mewujudkan kabilah. Dari segi akhlak, masyarakat jahiliah sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan. Kaum wanita dianggap sebagai pembawa sial dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan dan dijadikan sebagai barang dagangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga sifat positif yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah iaitu pemurah, berani, menghormati tetamu dan berpegang teguh kepada janji.
          Dari aspek politik pula, masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang sistematik. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah.  Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.
          Dalam bidang ekonomi pula, kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan menjadi sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh masyarakat  Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana cara hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi. Masyarakat Arab Hadari yang majoritinya tinggal di kawasan bandar terlibat dengan ekonomi perdagangan. Perdagangan dijalankan secara sistem barter. Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.
          Dari aspek agama dan kepercayaan, masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah  mengamalkan agama Wathani iaitu menyembah berhala. Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-Manat yang dianggap mempunyai kuasa. Selain itu, terdapat juga masyarakat jahiliah yang menganut agama Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, agama Kristianyang diturunkan bersama kitab suci Injil telah diselewengkan. Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti Majusi, Hanif  sereta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur, pokok bukit dan sebagainya.
          Dari aspek ilmu pengetahuan pula, masyarakat  jahiliah dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi. Hal ini dibuktikan melalui kegagalan mereka mendirikan semula Empangan Maarib yang telah pecah. Selain itu, bilangan masyarakat jahiliah yang celik huruf amat sedikit iaitu seramai 17 orang sahaja. Ilmu hanya disampaikan secara lisan dan hafalan. Oleh itu, ilmu akan hilang apabila penghafal tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, masyarakat jahiliah berpengetahuan dalam bidang kesusasteraan. Mereka mahir bersajak, bersyair dan berkhutbah. Labid dan Tarafa merupakan antara tokoh sastera yang terkenal.
Kesimpulan:
          Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.


 Agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. (Esei)

 
         Masyarakat jahiliah secara umumnya merujuk kepada yang bodoh dan sesat. Mereka hidup tanpa sebarang pedoman kerana tiada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai panduan. Mereka mengamalkan pelbagai agama dan juga kepercayaan.
         Agama paling dominan dianuti masyarakat jahiliah ketika itu ialah agama Wathani atau lebih dikenali sebagai agama menyembah berhala.  Berhala yang diperbuat daripada batu, kayu dan logam itu mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Berhala-berhala ini dikatakan mempunyai kuasa termasuk kuasa penyembuhan. Pada ketika itu, dikatakan terdapat kira-kira 360 buah berhala disusun dengan kemas di sekeliling kaabah. Antara berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Uzza dan al-Manat.
         Agama yang turut dianuti masyarakat jahiliah ialah agama Nasrani atau Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Para penganutnya berpegang kepada ajaran kitab Injil. Walau bagaimanapun, isi kandungan kitab ini telah diubahsuai oleh segelintir penganutnya untuk kepentingan peribadi. Mereka yang masih mengamalkan ajaran asal digelar Ahl al Kitab.
          Masyarakat jahiliah juga menganuti agama Majusi yang berasal dari Parsi. Para penganutnya tidak mempunyai kitab suci malah tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Mereka percayakan dua tuhan iaitu tuhan baik dan tuhan jahat selain menyembah api. Api dipercayai berfungsi sebagai penerang dan pemusnah.
          Agama seterusnya dianuti masyarakat jahiliah ialah agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Para penganutnya dipanggil Hunafa yang beriman kepada Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan salah seorang penganut agama ini.
          Agama Yahudi juga dianuti masyarakat jahiliah khasnya Bani Israel. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa a.s. bersama kitab Taurat. Walau bagaimanapun, seperti agama Nasrani, kandungan asal kitab ini telah diubahsuai oleh penganutnya untuk kepentingan sendiri.
          Selain daripada agama, masyarakat jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animisme dan kepercayaan karut atau tahyul. Mereka menyembah objek-objek alam sekitar seperti batu, pokok dan api yang dipercayai boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian. Kepercayaan terakhir yang diamalkan masyarakat ini ialah kepercayaan tahyul atau karut. Mereka menilik nasib, percayakan roh orang mati akan menjadi burung serta percayakan ahli nujum, tangkal dan azimat.
          Mereka juga menyembah alam cakerawala dengan memuja matahari, bintang dan bulan. Matahari dipuja ketika siang manakala bulan disembah pada waktu malam. Matahari dipercayai boleh membantu tumbesaran tumbuh-tumbuhan agar dapat menjadi sumber makanan binatang ternakan. Selain itu, masyarakat jahiliah turut mengamalkan ajaran sihir. Mereka percaya  kewujudan jin dan dewa. Mereka menyembah malaikat lelaki dan malaikat perempuan. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat ini menyembah Tuhan Padang Pasir.
          Masyarakat jahiliah akan percaya dan menyembah sebarang perkara atau bentuk yang boleh membawa keuntungan. Oleh yang demikian, mereka sanggup menyembah pelbagai bentuk tuhan termasuklah alam semulajadi yang dianggap boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment