Perkembangan dan perubahan masyarakat di semenanjung Tanah Arab selepas kedatangan Islam:
- Daripada mata pedang kepada perdamaian - Kedatangan Islam membawa perubahan baru iaitu peperangan telah digantikan dengan perdamaian - segala bentuk permusuhan telah dihapuskan - sebelum kedatangan Islam peusuhan adalah lumrah, peperangan adalah jalan penyelasaiannya.
- Kekuatan individu terhadap undang-undang - Selepas kedatangan Islam, masyarakat diikat oleh undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berbanding dengan zaman jahiliah di mana manusia tidak terikat dengan undang-undang khusus.
- Balas dendam kepada qisas (pampasan) - Islam telah mengajar masyarakat supaya bersikap luhur dan pemaaf agar dapat memupuk masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sifat berdendam, amalan menuntut bela, bunuh membunuh dihapuskan.
- Membentuk masyarakat yang suci dan halal -Islam mengajar masyarakat menjauhi perkara-perkara haram dan membentuk masyarakat yang suci.
- Membentuk masyarakat yang jujur dan boleh dipercayai - menuntut masyarakatnya jujur, ikhlas dan boleh dipercayai . sebelum Islam mereka hidup dengan merompak, merampas dan menipu.
- Memupuk keberanian dan kekuatan mempertahankan bangsa dan tanah air - Islam tidak membenarkan umat dan tanah airnya dijajah oleh kuasa lain. dengan semangat ini orang Arab beangkit dan berkembang ke Rom dan Farsi. semasa jahiliah, mereka mengasingkan diri dan takut menghadapi kuasa besar seperti rom dan Parsi.
- Membentuk masyarakat yang bertanggung jawab keatas diri sendiri - berbuat kebaikan dan membuang sifat kesukuan.
- Menyembah Allah yang satu / mengesakan tuhan - Islam mengajar umatnya percaya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan kepercayaan jahilliah.
- Memuliakan wanita dan meletakkan mereka di tempat tinggi dalam masyarakat - kedudukan wanita & lelaki sama disisi Allah serta dapat mewarisi harta pusaka.
- Melahirkah persamaan taraf di kalangan manusia - status manusia di sisi Allah adalah sama. Darjatnya disisi Allah adalah bergantung kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.
-
Pembentukan Ummah di Makkah dan Madinah
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kaum Quraisy menentang dakwah @ usaha menyebarkan agama Islam di Makkah.Tentangan hebat kaum Quraisy menyebabkan berlakunya Peristiwa Hijrah iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah @ berpindah ke Yathrib @ Madinah. Perkembangan Masyarakat Islam di Makkah dan Madinah (Esei)
Perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah melalui pelbagai tahap yang mencabar seawal perkembangan penyebaran Islam di Makkah sehinggalah terbentuknya negara Islam Madinah. Tahap di Makkah lebih sesuai dianggap dalam proses pembinaan masyarakat Islam manakala di Madinah lebih kepada tahap pembentukan dan penyatuan ummah.Di Makkah, usaha pembinaan masyarakat Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. berlangsung selama 13 tahun melalui aktiviti dakwah. Setelah berdakwah secara sulit selama tiga tahun, hanya beberapa orang sahaja memeluk Islam termasuk isteri baginda, Siti Khadijah. Dakwah secara terbuka dijalankan setelah baginda menerima wahyu agar berbuat demikian. Bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab merupakan orang pertama menentang secara tegas.Pelbagai usaha dilakukan kaum Quraisy Makkah untuk menghalang usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, mereka meminta Abu Talib menasihati baginda agar menghentikan dakwahnya tetapi gagal. Kaum Quraisy Makkah kemudiannya mula bertindak ganas terhadap umat Islam Makkah. Bagi menangkis penindasan tersebut, Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan umat Islam berpindah ke Habsyah secara sulit. Kaum Quraisy telah menghantar wakil menemui Raja Habsyah agar menghantar pulang umat Islam namun tidak diendahkan oleh Raja Habsyah. Tindakan Umar al Khattab memeluk Islam, memberi tamparan hebat kepada kaum Quraisy sehingga mereka mula memulaukan Bani Hasyim dan Bani Mutalib.Terdapat beberapa faktor kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Antara faktor tersebut ialah mereka ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh serta menganggap persamaan taraf yang disyorkan Islam bertentangan dengan amalan tradisi mereka. Selain itu, mereka juga ingin mempertahankan warisan nenek moyang mereka iaitu mengukir patung berhala. Kaum Quraisy juga sebenarnya takut dengan hari kiamat, hari pembalasan selain berasa iri hati dengan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w.Usaha membentuk masyarakat Islam di Madinah amat mencabar kerana penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan bukan Arab. Penduduk asal berbangsa Arab iaitu kaum Aus dan Kahzraj. Bangsa bukan Arab pula ialah orang Yahudi seperti Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’. Kemuncak permusuhan antara Aus dan Khazraj ialah tercetusnya Perang Bu’ath yang mengorbankan banyak jiwa. Perbalahan antara mereka telah melemahkan ekonomi dan politik sehinggakan kaum Yahudi mengambil kesempatan di atas mereka.Aus dan Khazraj telah pergi ke Makkah untuk menyelesaikan pertelagahan mereka. Pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w. telah melahirkan Perjanjian Aqabah 1 pada 621M dan Perjanjian Aqabah II pada 622M. Perjanjian Aqabah II telah merintis jalan ke arah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam ke Madinah. Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin berasaskan iman, taqwa dan persaudaraan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Baginda juga berusaha menyelesaikan isu sosial dan ekonomi Muhajirin. Golongan Ansar telah membantu Muhajirin dengan penuh keikhlasan.Konsep satu ummah yang disebut dalam Piagam Madinah juga diperkukuhkan. Piagam ini mewajibkan setiap umat Islam bekerjasama menegakkan amal kebaikan, mencegah kemungkaran, tidak membiarkan saudara seagama terbeban hutang serta menegah berpihak kepada orang kafir untuk memusuhi Islam.Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang unggul dan bijaksana telah berjaya mengembangkan masyarakat Islam sehingga menjadi ummah yang berjaya membentuk negara Islam Madinah. Negara Islam akhirnya mampu menghadapi pelbagai cabaran musuh sama ada dari dalam atau luar negara. Tidak hairanlah jika ramai yang berpendapat bahawa baginda merupakan seorang negarawan yang unggul.
No comments:
Post a Comment