Tuesday, March 26, 2013

Sejarah Islam (500-1918): 1. Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar: 1.2: Masyarakat Islam

1. Nabi Muhammad s.a.w dan Dakwah



Perkembangan dan perubahan masyarakat di semenanjung Tanah Arab selepas kedatangan Islam:

  1. Daripada mata pedang kepada perdamaian - Kedatangan Islam membawa perubahan baru iaitu  peperangan telah digantikan dengan perdamaian - segala bentuk permusuhan telah dihapuskan - sebelum kedatangan Islam peusuhan adalah lumrah, peperangan adalah jalan penyelasaiannya.
  2. Kekuatan individu terhadap undang-undang -  Selepas kedatangan Islam, masyarakat diikat oleh undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berbanding dengan zaman jahiliah di mana manusia tidak terikat dengan undang-undang khusus.
  3. Balas dendam kepada qisas (pampasan) - Islam telah mengajar masyarakat supaya bersikap luhur  dan pemaaf agar dapat memupuk masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sifat berdendam, amalan menuntut bela, bunuh membunuh dihapuskan.
  4. Membentuk masyarakat yang suci dan halal -Islam mengajar masyarakat menjauhi perkara-perkara haram dan membentuk masyarakat yang suci.
  5. Membentuk masyarakat yang jujur dan boleh dipercayai - menuntut masyarakatnya jujur, ikhlas dan boleh dipercayai . sebelum Islam mereka hidup dengan merompak, merampas dan menipu.
  6. Memupuk keberanian dan kekuatan mempertahankan bangsa dan tanah air - Islam tidak membenarkan umat dan tanah airnya dijajah oleh kuasa lain. dengan semangat ini orang Arab beangkit dan berkembang ke Rom dan Farsi. semasa jahiliah, mereka mengasingkan diri dan takut menghadapi kuasa besar seperti rom dan Parsi.
  7. Membentuk masyarakat yang bertanggung jawab keatas diri sendiri - berbuat kebaikan dan membuang sifat kesukuan.
  8. Menyembah Allah yang satu / mengesakan tuhan - Islam mengajar umatnya percaya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan kepercayaan jahilliah.
  9. Memuliakan wanita dan meletakkan mereka di tempat tinggi dalam masyarakat - kedudukan wanita & lelaki sama disisi Allah serta dapat mewarisi harta pusaka.
  10. Melahirkah persamaan taraf di kalangan manusia - status manusia di sisi Allah adalah sama. Darjatnya disisi Allah adalah bergantung kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.  
  11.  

    Pembentukan Ummah di Makkah dan Madinah

    Usaha Nabi Muhammad s.a.w membentuk komuniti Islam di Makkah melalui dakwah mendapat tentang hebat kaum Quraisy.
     
     
    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kaum Quraisy menentang dakwah @ usaha menyebarkan agama Islam di Makkah.
     
     
    Tentangan hebat kaum Quraisy menyebabkan berlakunya Peristiwa Hijrah iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah @ berpindah ke Yathrib @ Madinah. 
     

    Perkembangan Masyarakat Islam di Makkah dan Madinah (Esei)

    Masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
                     
    Perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah melalui pelbagai tahap yang mencabar seawal perkembangan penyebaran Islam di Makkah sehinggalah terbentuknya negara Islam Madinah. Tahap di Makkah lebih sesuai dianggap dalam proses pembinaan masyarakat Islam manakala di Madinah lebih kepada tahap pembentukan dan penyatuan ummah.
                    Di Makkah, usaha pembinaan masyarakat Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. berlangsung selama 13 tahun melalui aktiviti dakwah. Setelah berdakwah secara sulit selama tiga tahun, hanya beberapa orang sahaja memeluk Islam termasuk isteri baginda, Siti Khadijah. Dakwah secara terbuka dijalankan setelah baginda menerima wahyu agar berbuat demikian. Bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab merupakan orang pertama menentang secara tegas.
                    Pelbagai usaha dilakukan kaum Quraisy Makkah untuk menghalang usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, mereka meminta Abu Talib menasihati baginda agar menghentikan dakwahnya tetapi gagal. Kaum Quraisy Makkah kemudiannya mula bertindak ganas terhadap umat Islam Makkah. Bagi menangkis penindasan tersebut, Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan umat Islam berpindah ke Habsyah secara sulit. Kaum Quraisy telah menghantar wakil menemui Raja Habsyah agar menghantar pulang umat Islam namun tidak diendahkan oleh Raja Habsyah. Tindakan Umar al Khattab memeluk Islam, memberi tamparan hebat kepada kaum Quraisy sehingga mereka mula memulaukan Bani Hasyim dan Bani Mutalib.
                    Terdapat beberapa faktor kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Antara faktor tersebut ialah mereka ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh serta menganggap persamaan taraf yang disyorkan Islam bertentangan dengan amalan tradisi mereka. Selain itu, mereka juga ingin mempertahankan warisan nenek moyang mereka iaitu mengukir patung berhala. Kaum Quraisy juga sebenarnya takut dengan hari kiamat, hari pembalasan selain berasa iri hati dengan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w.
                    Usaha membentuk masyarakat Islam di Madinah amat mencabar kerana penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan bukan Arab. Penduduk asal berbangsa Arab iaitu kaum Aus dan Kahzraj. Bangsa bukan Arab pula ialah orang Yahudi seperti Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’. Kemuncak permusuhan antara Aus dan Khazraj ialah tercetusnya Perang Bu’ath yang mengorbankan banyak jiwa. Perbalahan antara mereka telah melemahkan ekonomi dan politik sehinggakan kaum Yahudi mengambil kesempatan di atas mereka.
                    Aus dan Khazraj telah pergi ke Makkah untuk menyelesaikan pertelagahan mereka. Pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w. telah melahirkan Perjanjian Aqabah 1 pada 621M dan Perjanjian Aqabah II pada 622M. Perjanjian Aqabah II telah merintis jalan ke  arah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam ke Madinah. Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin berasaskan iman, taqwa dan persaudaraan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.  Baginda juga berusaha menyelesaikan isu sosial dan ekonomi Muhajirin. Golongan Ansar telah membantu Muhajirin dengan penuh keikhlasan.  
                    Konsep satu ummah yang disebut dalam Piagam Madinah juga diperkukuhkan. Piagam ini mewajibkan setiap umat Islam bekerjasama menegakkan amal kebaikan, mencegah kemungkaran, tidak membiarkan saudara seagama terbeban hutang serta menegah berpihak kepada orang kafir untuk memusuhi Islam.                          
                    Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang unggul dan bijaksana telah berjaya mengembangkan masyarakat Islam sehingga menjadi ummah yang berjaya membentuk negara Islam Madinah. Negara Islam akhirnya mampu menghadapi pelbagai cabaran musuh sama ada dari dalam atau luar negara. Tidak hairanlah jika ramai yang berpendapat bahawa baginda merupakan seorang negarawan yang unggul.   

Sejarah Islam (500-1918): 1. Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar: 1.1 Masyarakat Jahiliah


Berikut ialah ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah;
Masyarakat Arab  yang mendiami Tanah Arab boleh dipecahkan kepada 4 kumpulan utama iaitu;

 Masyarakat Arab jahiliah boleh digolongkan kepada dua iaitu;

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Badwi;

Ciri-ciri masyarakat Arab Hadari;

Sistem Sosial, Politik dan Ekonomi Arab Jahiliah

1. Sistem Sosial Masyarakat Arab Jahiliah




2. Sistem Politik Masyarakat Arab Jahiliah



3. Sistem Ekonomi Masyarakat Arab Jahiliah

Sistem Ilmu, Agama & Kepercayaan Arab Jahiliah

1. Sistem Ilmu Masyarakat Arab Jahiliah



2. Sistem Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Jahiliah

Konsep Jahiliah - berasal dari,  istilah Arab jahala bermaksud bodoh, dan ciri-ciri jahiliah dalam masyarakat Arab dapat dirujuk kepada empat iaitu:
  1. Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
  2. Tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
  3. Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  4. Masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
Keempat-empat sifat ini memang terdapat di kalangan masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.



Masyarakat Arab JAhiliah 

Jangkamasa Zaman Jahiliah:

- Bermula  zaman Jahiliah ini ialah selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Sekitar tahun 3000M hingga turunnya Al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M.

Masyarakat Arab dikatakan jahil bukan sahaja dari aspek agama dan akhlak, tetapi juga politik, ekonomi, sosial dan juga ilmu pengetahuan.

AGAMA 

- Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Wathani
- sebahagian tidak beragama & mengamalkan animisme, unsur-unsur karut dan tahyul, bertenung nasib.

POLITIK

- Tidak mempunyai struktur kerajaan yang teratur dan berkuasa.
- kedudukan politik tergugat akibat penjajahan
- hidup berpuak-puak/ sering berperang sesama sendiri - sering berlaku peperangan untuk mendapatkan kuasa.

EKONOMI 

- Berlaku kemerosotan ekonomi, hasil pengeluaran pertanian di Selatan semenanjung Arab merosot dengan teruk skibat tiada sistem pengairana yang baik.
- perdagangan mereka pula tidak menguntungkan/ berlaku penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin/ riba.
- rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan 
- penternakan dilakukan oleh golongan Badawi secara nomad.

SOSIAL 

- Masyarakat Arab terbahagi kepada dua - bandar (Hadari) dan padang pasir (Badwi).
- Tertakluk kepada sistem kabilah - iaitu satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
- Penyatuan masyarakat berkabilah berdasarkan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai assabiyah.
- Bermegah dengan kabilah sendiri dan memandang hina terhadap kabilah yang lain. 
- Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan & sering berlaku peperangan - Perang Al Basus melibatkan 2 kabilah.
- Kedudukan wanita tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat dan keluarga/ beranggapan anak perempuan membawa masalah apabila besar/ sanggup bunuh anak perempuan hidup-hidup.
- Mengamalkan sistem perhambaan/ hamba dipandang hina & mempunyai status yang rendah dalam masyarakat. 
- Mengamalkan akhlak yang tidak baik seperti berjudi, minum arak dan berzina.

ILMU PENGETAHUAN 

- Mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti politik dan ekonomi & tidak mampu menjadukan mereka bangsa yang bertamadun.
- Kebanyakkan mereka buta huruf & tradisi ilmu hanyalah dalam bentuk lisan.
- Hanya terdapat 17 orang yang boleh membaca dan menulis. 
- Tradisi kesusasteraan seperti bersajak & bersyair bertujuan mencerca, menyindir dan berseronok semata-mata.

  
Struktur masyarakat jahiliah (Esei)


Pengenalan:
          Zaman jahiliah berlangsung selama kira-kira 300 tahun di Semenanjung Tanah Arab. Zaman ini bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib dalam kerajaan Saba’ pada sekitar tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran serta  Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul pada tahun 610M.

Isi:
          Struktur sosial  masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah. Kabilah terbentuk daripada beberapa keluarga yang membentuk ihai, beberapa ihai bergabung membentuk kaum dan beberapa kaum bergabung mewujudkan kabilah. Dari segi akhlak, masyarakat jahiliah sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan. Kaum wanita dianggap sebagai pembawa sial dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan dan dijadikan sebagai barang dagangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga sifat positif yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah iaitu pemurah, berani, menghormati tetamu dan berpegang teguh kepada janji.
          Dari aspek politik pula, masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang sistematik. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah.  Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.
          Dalam bidang ekonomi pula, kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan menjadi sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh masyarakat  Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana cara hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi. Masyarakat Arab Hadari yang majoritinya tinggal di kawasan bandar terlibat dengan ekonomi perdagangan. Perdagangan dijalankan secara sistem barter. Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.
          Dari aspek agama dan kepercayaan, masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah  mengamalkan agama Wathani iaitu menyembah berhala. Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-Manat yang dianggap mempunyai kuasa. Selain itu, terdapat juga masyarakat jahiliah yang menganut agama Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, agama Kristianyang diturunkan bersama kitab suci Injil telah diselewengkan. Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti Majusi, Hanif  sereta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur, pokok bukit dan sebagainya.
          Dari aspek ilmu pengetahuan pula, masyarakat  jahiliah dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi. Hal ini dibuktikan melalui kegagalan mereka mendirikan semula Empangan Maarib yang telah pecah. Selain itu, bilangan masyarakat jahiliah yang celik huruf amat sedikit iaitu seramai 17 orang sahaja. Ilmu hanya disampaikan secara lisan dan hafalan. Oleh itu, ilmu akan hilang apabila penghafal tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, masyarakat jahiliah berpengetahuan dalam bidang kesusasteraan. Mereka mahir bersajak, bersyair dan berkhutbah. Labid dan Tarafa merupakan antara tokoh sastera yang terkenal.
Kesimpulan:
          Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.


 Agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. (Esei)

 
         Masyarakat jahiliah secara umumnya merujuk kepada yang bodoh dan sesat. Mereka hidup tanpa sebarang pedoman kerana tiada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai panduan. Mereka mengamalkan pelbagai agama dan juga kepercayaan.
         Agama paling dominan dianuti masyarakat jahiliah ketika itu ialah agama Wathani atau lebih dikenali sebagai agama menyembah berhala.  Berhala yang diperbuat daripada batu, kayu dan logam itu mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Berhala-berhala ini dikatakan mempunyai kuasa termasuk kuasa penyembuhan. Pada ketika itu, dikatakan terdapat kira-kira 360 buah berhala disusun dengan kemas di sekeliling kaabah. Antara berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Uzza dan al-Manat.
         Agama yang turut dianuti masyarakat jahiliah ialah agama Nasrani atau Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Para penganutnya berpegang kepada ajaran kitab Injil. Walau bagaimanapun, isi kandungan kitab ini telah diubahsuai oleh segelintir penganutnya untuk kepentingan peribadi. Mereka yang masih mengamalkan ajaran asal digelar Ahl al Kitab.
          Masyarakat jahiliah juga menganuti agama Majusi yang berasal dari Parsi. Para penganutnya tidak mempunyai kitab suci malah tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Mereka percayakan dua tuhan iaitu tuhan baik dan tuhan jahat selain menyembah api. Api dipercayai berfungsi sebagai penerang dan pemusnah.
          Agama seterusnya dianuti masyarakat jahiliah ialah agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Para penganutnya dipanggil Hunafa yang beriman kepada Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan salah seorang penganut agama ini.
          Agama Yahudi juga dianuti masyarakat jahiliah khasnya Bani Israel. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa a.s. bersama kitab Taurat. Walau bagaimanapun, seperti agama Nasrani, kandungan asal kitab ini telah diubahsuai oleh penganutnya untuk kepentingan sendiri.
          Selain daripada agama, masyarakat jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animisme dan kepercayaan karut atau tahyul. Mereka menyembah objek-objek alam sekitar seperti batu, pokok dan api yang dipercayai boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian. Kepercayaan terakhir yang diamalkan masyarakat ini ialah kepercayaan tahyul atau karut. Mereka menilik nasib, percayakan roh orang mati akan menjadi burung serta percayakan ahli nujum, tangkal dan azimat.
          Mereka juga menyembah alam cakerawala dengan memuja matahari, bintang dan bulan. Matahari dipuja ketika siang manakala bulan disembah pada waktu malam. Matahari dipercayai boleh membantu tumbesaran tumbuh-tumbuhan agar dapat menjadi sumber makanan binatang ternakan. Selain itu, masyarakat jahiliah turut mengamalkan ajaran sihir. Mereka percaya  kewujudan jin dan dewa. Mereka menyembah malaikat lelaki dan malaikat perempuan. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat ini menyembah Tuhan Padang Pasir.
          Masyarakat jahiliah akan percaya dan menyembah sebarang perkara atau bentuk yang boleh membawa keuntungan. Oleh yang demikian, mereka sanggup menyembah pelbagai bentuk tuhan termasuklah alam semulajadi yang dianggap boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Monday, March 25, 2013

PEMERINTAHAN PUSAT & WILAYAH ZAMAN KHULAFA' al RASYIDIN


Latarbelakang :
- Terbentuk secara rasmi pada 632 H. Abu Bakar ialah khalifah pertama.
- Empat oranf sahabat yang menjadi khalifah:


  1. Abu Bakar al Siddiq
  2. Umar al-Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
Struktur pemerintahan Pusat:
- Madinah ialah pusat pemerintahan
- kekuasaan nya tidak bersifak mutlak & khalifah perlu membuat ijtihad.
- dasar akan diputuskan oleh majlis Syura.
- Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi di zaman Umar al Khattab.
- khalifah merupakan panglima tertingga tentera
- ibu pejabat baitul mal ditubuhkan  & segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

Struktur pemerintahan Wilayah:           

- Semasa Abu Bakar al Siddiq negara Islam dibahagikan kepada 10 daerah :
  1. Makkah
  2. Ta'if
  3. Yaman
  4. Hadramawt
  5. Khakwan
  6. al Jund
  7. Najran
  8. Zabid
  9. Bahrin
  10. Jarsh
- Struktur pemerintahan Wilayah diperkemaskan semasa Umar al Khattab. - kempen perluasan kuasa &  negara Islam dibahagikan kepada 8 buah wilayah utama:
  1. Madinah
  2. Makkah
  3. Syam
  4. Mesopotamia
  5. Iran
  6. Iraq
  7. Mesir 
  8. Palestin
-   Tiap-tiap negeri mempunyai ibu negeri/ pusat pemerintahan & Umar telah membentuk satu sistem birokrasi yang sistematik.
- Setiap wilayah diperintah oleh gabenor yang akan dibantu oleh setiausaha.
- Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai Polis, Pegawai pembendaharaan negara.
- Semua pegawai wajib melaporkan jumlah hartab sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab.
- setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.

PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM

Perkembangan dan perubahan masyarakat di semenanjung Tanah Arab selepas kedatangan Islam:

  1. Daripada mata pedang kepada perdamaian - Kedatangan Islam membawa perubahan baru iaitu  peperangan telah digantikan dengan perdamaian - segala bentuk permusuhan telah dihapuskan - sebelum kedatangan Islam peusuhan adalah lumrah, peperangan adalah jalan penyelasaiannya.
  2. Kekuatan individu terhadap undang-undang -  Selepas kedatangan Islam, masyarakat diikat oleh undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berbanding dengan zaman jahiliah di mana manusia tidak terikat dengan undang-undang khusus.
  3. Balas dendam kepada qisas (pampasan) - Islam telah mengajar masyarakat supaya bersikap luhur  dan pemaaf agar dapat memupuk masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sifat berdendam, amalan menuntut bela, bunuh membunuh dihapuskan.
  4. Membentuk masyarakat yang suci dan halal -Islam mengajar masyarakat menjauhi perkara-perkara haram dan membentuk masyarakat yang suci.
  5. Membentuk masyarakat yang jujur dan boleh dipercayai - menuntut masyarakatnya jujur, ikhlas dan boleh dipercayai . sebelum Islam mereka hidup dengan merompak, merampas dan menipu.
  6. Memupuk keberanian dan kekuatan mempertahankan bangsa dan tanah air - Islam tidak membenarkan umat dan tanah airnya dijajah oleh kuasa lain. dengan semangat ini orang Arab beangkit dan berkembang ke Rom dan Farsi. semasa jahiliah, mereka mengasingkan diri dan takut menghadapi kuasa besar seperti rom dan Parsi.
  7. Membentuk masyarakat yang bertanggung jawab keatas diri sendiri - berbuat kebaikan dan membuang sifat kesukuan.
  8. Menyembah Allah yang satu / mengesakan tuhan - Islam mengajar umatnya percaya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan kepercayaan jahilliah.
  9. Memuliakan wanita dan meletakkan mereka di tempat tinggi dalam masyarakat - kedudukan wanita & lelaki sama disisi Allah serta dapat mewarisi harta pusaka.
  10. Melahirkah persamaan taraf di kalangan manusia - status manusia di sisi Allah adalah sama. Darjatnya disisi Allah adalah bergantung kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.

SUMBANGANKHALIFAH ABU BAKAR AL- SIDDIQ Khalifah Al-Rasyidin Pertama 632 – 634M

PENGENALAN
• Nama sebenar Khalifah Abu Bakar (KAB) ialah Abdullah bin Uthman bin Umar bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah al Taymi dari Bani Taim.
• Pada zaman Jahiliyah namanya Abdul Kaabah kemudian ditukar nama oleh nabi kpd Abdullah.
• Dilahirkan di Kota Mekah 2 tahun selepas Tahun Gajah (571M) dan mempunyai hubungan yg akrab dengan Nabi Muhammad SAW.
• Sejak kecil lagi, Abu Bakar terkenal dgn akhlak yg mulia, seorang yg pemurah, jujur, baik hati dan tidak meminum arak.
• Abu Bakar merupakan org yg kedua memeluk Islam selepas isteri nabi. Saidina Abu Bakar memainkan peranan penting dlm penyebaran dan perkembangan Islam, menjadi pelindung kepada Nabi Muhammad SAW serta sentiasa berada di mana sahaja nabi berada.
• Abu Bakar mendapat gelaran al-Siddiq kerana beliau telah menunjuk-kan kepercayaan terhadap nabi ter- utama terhadap peristiwa Israk dan Mikraj.
• Dlm khutbah terakhir nabi mengata-kan, “tiada sahabat yang lebih baik terhadap diriku kecuali Abu Bakar” . 
PELANTIKAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ SEBAGAI KHALIFAH
• Selepas kewafatan nabi, timbul masalah pemilihan seorang khalifah bagi menggantikan nabi utk memimpin negara Islam.
• Masalah ini timbul kerana nabi tidak meninggalkan wasiat calon pengganti, tidak ada nabi selepas Nabi Muhammad SAW, dan wujud ramai pesaing utk menjadi pemimpin dari kalangan Muhajirin, Ansar dan penyokong kaum keluarga nabi.
• Terdpt 4 org sahabat nabi yg dilihat layak memegang jawatan khalifah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib. 
 • Umat Islam dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berkumpul di Dewan Bani Saadah utk membincangkan pelantikan khalifah pertama.
• Saidina Abu Bakar telah mencalonkan Saidina Umar al- Khattab mewakili kaum Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili kaum Ansar sebagai calon khalifah.
• Kedua-dua calon khalifah tlh menarik diri malah Saidina Umar telah mencalonkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah.
• Cadangan ini mendapat sokongan majoriti umat Islam, kemudian Saidina Abu Bakar telah dibaiahkan dlm syura sebagai khalifah pertama.
• Pada peringkat awal, pelantikan KAB mendpt tentangan drp keluarga nabi terdekat spt Saidina Ali bin Abi Talib. Semasa urusan pelantikan khalifah pertama ini, tidak dihadiri oleh Saidina Ali krn sibuk dgn urusan pengkebumian jenazah nabi. Selepas 6 bulan kewaafatan Saidatina Fatimah pada 632M, Saidina Ali telah memberi baiah ke atas pelantikan KAB.
• Pada hari kedua pelantikan KAB, beliau telah membuat ucapan dasar iaitu “…Jika aku berlaku adil dlm urusanku, sokonglah aku. Akan ttp kija aku bersalah, betulkanlah aku kembali. Kejujuran ialah amanat, kedustaan pula suatu khianat. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan rasulNya. Akan ttp kalu aku melanggar perintahNya, jangan ikut aku lagi.”
• Umat Islam memilih Saidina Abu Bakar kerana jasa dan pengaruhnya pada zaman Islam. KAB telah wafat pada malam Selasa, 22 Ogos 634M setelah deman selama 15 hari dan sempat memerintah selama 2 tahun 2 bulan 10 hari.  

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ1. MENERUSKAN GERAKAN TENTERA
• Sebelum nabi wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yg diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam utk menyerang Ghassan yg ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine.
• Tindakan ini dilakukan kerana beberapa org utusan nabi telah dibunuh.
• Slp kewafatan nabi, KAB berhasrat utk menyambung semula usaha baginda walau bagaimanapun cadanga tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. Para sahabat mencadangkan ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam ditangguhkan terlebih dahulu dan KAB perlu memberikan tumpuan kpd ancaman golongan al-Riddah.
• KAB tetap tegas dgn keputusannya dan setelah berperang selama 40 hari, pasukan tentera Usamah bin Zaid beroleh kemenangan. Ini telah mengerunkan musuh-musuh Islam yg ingin menyerang Kota Madinah.
• Pasukan ini telah diberikan tugas utk menjaga keselamatan Kota Madinah drp ancaman musuh Islam spt ancaman kaum Zubyan dll. 

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ2. MENENTANG GERAKAN AL-RIDDAH
• Setlh Nabi berjaya menawan kota Makkah pada 630M, ramai penduduk di STA yg memeluk Islam dan mereka masih belum dpt memahami dan menghayati Islam yg sebenar.
• Semasa KAB dilantik menjadi khalifah keadan tlh berubah, ramai dlm kalangan mrk yg murtab iaitu enggan membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu.
• Antara yg mengaku menjadi nabi palsu ialah Musailamah al-Kazzab di Yamamah, Sajah al-Harith (perempuan), Tulaihah al-Asadi di Yaman, dan Al- Aswad al-Ansi di Yaman. Manakala gol yg enggan membayar zakat pula diketuai oleh Malik al-Nuwairah dan ramai lagi di Bahrain, Tihamah, Umman, perbatasan Syam dll.
• Kewujudan gol ini boleh menjadi anasir yg dpt menghancurkan kerajaan Islam, oleh itu KAB telah mengambil tindakan yg tegas dan bersunguh-sungguh utk menghapuskan gol al-Riddah secara ketenteraan.
• Seblm menghapuskan gol ini. KAB terlebih dahulu menghantar surat utusan utk mengajak mrk kembali kpd Islam, namum sebilangan kecil shj yg menerima seruan itu spt kump Bani Abd Qais di daerah Bahrain.
• KAB terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghapuskan gol ini. Sebyk 11 pasukan tentera yg diketuai oleh panglima Khalid al-Walid, Ikramah Abu Jahal, Amru al-’As, Syurahbil bin Hasanah, Khalid al- Said, Khuzaifah Muhsin, Urafat Hurthumah, Suwaid Mekrain, al-Ala bin Huzrami dan Tarifah Hajiz. Tentera Islam akhirnya telah berjaya menundukkan dan mengembalikan gol al-Riddah ke pangkuan Islam.
• Kejayaan ini menunjukkan KAB tlh berjaya menghapuskan semua anasir yg membahayakan kedudukan Islam. Pasukan tentera yg dibentuk oleh KAB ini juga telah menjadi tulang belakang dlm menjaga keselamatan negara dan umat Islam drp ancaman musuh. 

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ3. PENULISAN AL-QURAN
• Peperangan menghadapi gol al-Riddah telah menyebabkan ramai para sahabat yg juga penghafal al- Quran terkorban.
• Ini telah menimbulkan kebimbangan dikalangan sahabat kemungkinan akan terhapusnya al-Quran dan berlakunya penyelewengan al-Quran
• Timbulnya cadangan drp para sahabat supaya menubuhkan satu kump khas bagi menulis al-Quran dan cadangan ini diterima dgn baik oleh KAB. Zaid bin Thabit telah dipert/jawabkan oleh KAB utk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para sahabat dan juga dari para haffaz. Al-Quran yg dikumpul dan ditulis semula di kulit binatang, kayu dan pelepah tamar.
• Al-Quran yg dituliskan semula itu telah di-simpan di rumah KAB, dan dibuku secara teratur di zaman KUA yg dikenali sebg Mushaf Uthmani.  

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ4. MENETUKAN BAKAL KHALIFAH
• KAB telah menamakan bakal pengganti beliau iaitu Saidina Umar al-Khattab melalui perundingan dgn para sahabat ketika sedang sakit.• Cadangan KAB ini tdk mendpt tentangan drp sahabat. KAB telah mengarahkan Saidina Uthman menulis keputusan tersebut.• Tindakan KAB ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. 

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ5. PELUASAN KUASA
• KAB turut meluas dan menyebarkan syiar Islam ke seluruh STA spt Rom, Parsi dan Syria.
• Rom merupakan sebuah kerajaan besar dan kuat yg menguasai Mesir. Penduduknya terdiri drp pelbagai kaum dan beragama Kristian. Akibat kezaliman pemerintahannya, rakyat sering memberontak. Keadaan ini memudah-kan pertapakan Islam di Rom.
• Keadaan yg sama berlaku di Parsi. Panglima Khalid al- Walid dan Muthana bin Harith dgn mudah menakluki Parsi. Penaklukan di Parsi merupakan peluasan kuasa Islam pertama oleh KAB. Akibat kekejaman pemerintah Syria terhadap umat Islam Syria, KAB turut menakluk Syria. Selepas kewafatan nabi, Hercules tlh mempengaruhi org Badwi utk melancarkan pemberontakan ke atas org Islam.
• KAB telah menghantar 4 pasukan tentera ke Syria iaitu dipimpin oleh Ubaidah al-Jarrah, Amru al-’As, Yazid bin Abu Sufian dan Syurahbil bin Hasanah.

Friday, March 22, 2013

Masyarakat Islam Mekah dan Madinah

Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w : Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu, baginda beruasa ha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish. Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.

Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah : Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu. Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib,  bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.

Pembinaan masyarakat Islam di Mekah

Dakwah secara sulit :
  •  Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa. 
  • Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan.
Dakwah secara terang :
  • Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy  dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu  merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini  tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.
Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.
Pembinaan masjid :
  • Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
  • Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  • Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
  • Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.
Piagam Madinah :
  • Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
  • Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa  pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya.
  • Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
  • Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.
Pemulihan ekonomi :
  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
  • Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
  • Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
Hubungan sosial :
  • Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
  • Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.
Kesimpulan :
  • Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat .
  • Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.

Thursday, March 21, 2013

Masyarakat Arab Jahiliah Sebelum Islam



Sekiranya dianalisa daripada intipati-intipati yang terdapat dalam al-Quran secara literalnya terdapat 4 (empat) ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Jahiliah yang dapat disimpulkan seperti berikut:

Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai garis panduan dan petunjuk.

Zaman yang tidak mempunyai nilai-nilai peradaban/tamadun yang unggul.

Zaman di mana masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai etika akhlak/moral yang murni sebaliknya mempunyai sikap yang angkuh dan bongkak.

Zaman masyarakat yang jahil dibelenggu dengan pemikiran yang jumud dan lesu dari aspek intelektual serta keilmuan.

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas terdapat pada orang Arab sebelum kelahiran agama Islam. Justeru itu, dapat dirumuskan sekiranya elemen-elemen yang dinyatakan tersebut terdapat pada mana-mana masyarakat atau zaman, maka boleh diklasifikasikan sebagai masyarakat Jahiliah. Nilai-nilai negatif yang disentuh oleh al-Quran merupakan norma kehidupan masyarakat yang tidak bertamadun. Aspek-aspek kerohanian dan pembangunan insan yang positif tidak dapat diterima oleh masyarakat tersebut. Manusia pada zaman tersebut terpesong dari aspek akidah yang betul dan terpengaruh dengan kecenderungan hawa nafsu.


Secara amnya, al-Quran tidak menentukan secara tepat permulaan pasca era Jahiliah. Walau bagaimanapun, al Quran hanya menyentuh ungkapan Jahiliah secara umum iaitu masyarakat sebelum lahirnya ajaran Islam. Begitu juga, kebanyakan kamus-kamus arab mendefenisikan istilah Jahiliah merujuk kepada zaman sebelum Islam.

Asal usul bangsa Arab terbahagi kepada tiga komponen bangsa besar iaiitu bangsa al’Arabaa’, bangsa al-`Aaribah dan bangsa al-Musta`rabah. Menurut kebanyakan para pengkaji sejarah Semenanjung Tanah Arab, zaman yang dikategorikan sebagai zaman Jahiliah iaitu selepas kejatuhan dan keruntuhan kerajaan Saba’. Justeru itu, zaman Jahiliah berlaku selama tiga abad iaitu apabila jatuhnya kerajaan Saba’ (bangsa Arab Muta`arabah) dan kerajaan Himyar, sekitar 300M sehingga turun al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada (610M). Sepanjang tempoh zaman Jahiliah, komuniti masyarakat tersebut berada dalam kekufuran dan kesesatan serta keangkuhan sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran. Mereka bukan sahaja mengalami zaman keruntuhan dari aspek agama bahkan merangkumi sistem politik, ekonomi, perundangan, sosial dan juga ilmu pengetahuan.

Umumnya, bangsa arab sebelum kedatangan Islam terbahagi kepada 2 kelompok besar iaitu arab badawi (tinggal di desa) dan arab hadhari (tinggal di bandar).Kedua-dua kelompok masyarakat tersebut memiliki latarbelakang, mentaliti, pengaruh persekitaran, kebudayaan dan norma-norma hidup yang berbeza. Perbezaan ini berlaku disebabkan corak kehidupan dan pengalaman hidup yang berbeza di antara satu sama lain.

Kelompak arab badawi merupakan kaum yang dominan di kalangan masyarakat arab. Kebanyakan kaum ini tinggal di desa, padang pasir, berdekatan dengan gunung-gunung atau di lereng-lereng bukit. Kegiatan ekonomi masyarakat tersebut dengan memelihara binatang ternakan seperti unta, kambing dan sebagainya. Unta merupakan haiwan ternakan yang penting pada ketika itu kerana digunakan sebagai kemudahan logistik di kawasan padang pasir yang luas. Kebanyakan masyarakat arab yang dikategorikan sebagai badawi dari kalangan bangsa Arab Hijaz dan Najd.

Oleh kerana kondisi masyarakat arab badawi yang serba kekurangan dan tidak memiliki sumber ekonomi yang stabil menyebabkan berlakunya konflik di antara puak antara satu sama lain. Pertelingkahan ini berlaku disebabkan keperluan hidup, keinginan menguasai sesuatu wilayah, sebagai lambang kekuasaan dan kemegahan atau untuk membalas dendam. Justeru itu, kebanyakan dari masyarakat tersebut sanggup melakukan sesuatu perkara yang dikatakan mencabuli hak kemanusiaan seperti berperang, merompak, menyamun, membunuh, melakukan kekacauan dan perkara-perkara lain. Kondisi dan situasi masyarakat ini menyebabkan diri mereka diasuh dengan sifat-sifat berani, tidak mudah berputus asa, berdikari, tegas dan sanggup menghadapi sebarang cabaran.

Bagi masyarakat yang tinggal di bandar dikenali sebagai arab hadhari. Kegiatan ekonomi terdiri daripada hasil perniagaan yang dijalankan masyarakat setempat. Kehidupan masyarakat tersebut lebih teratur dan tersusun berbanding dengan kehidupan masyarakat badawi. Kegiatan ekonomi, politik dan sosiobudaya yang terancang dapat membentuk sebuah masyarakat yang kuat dan mempunyai jati diri yang tinggi sesuai.

Secara keseluruhannya, bersesuaian dengan persekitaran iklim dan keadaan semulajadi Semenanjung Tanah Arab ia banyak mempengaruhi personaliti dan tingkah laku masyarakat arab. Sikap seperti kuat bekerja, berani dan sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh masyarakat badawi. Masyarakat arab mempunyai semangat asabiah (kepuakan) yang tinggi di kalangan mereka. Bagi masyarakat tersebut, pertalian darah di antara satu sama lain merupakan ikatan pertalian persaudaraan yang kukuh dan tidak mudah untuk diputuskan atau diganggu oleh orang asing. Sentimen kepuakan yang tinggi menyebabkan hubungan sesama puak sangat akrab seperti hubungan saudara dan ia dianggap sebagai satu perkara yang sensitif. Oleh yang demikian sekiranya hubungan ini dicabuli oleh pihak asing boleh mengakibatkan berlakunya pergaduhan dan pembunuhan dan boleh berlarutan sehingga mencetuskan peperangan.